dah seminggu rasa nye selesai tonton cerita ni... tapi masih terngiang-ngiang lagu ost drama ni dalam kepala izan... sinopsis cerita nye... Sebuah drama romantic comedy tentang seorang pemuda dari generasi ketiga dari keluarga jutawan yang menghidapi penyakit Dissociative Identity Disorder dengan seorang Psychiatrist resident tahun pertama yang merawatnya secara rahsia. Cha Do Hyun ( Ji Sung ) merupakan generasi ketiga dari keluarga Chaebol yang merana penyakit 'multiple personality disorder' setelah melalui banyak trauma yang mengancam nyawanya. Oleh kerana dia ingin kembali hidup normal, seorang doktor psychiatrist, Oh Ri Jin ( Hwang Jung Eum ) telah menghulurkan bantuan. "Tujuh personaliti" yang dicipta dalam tubuhnya mula bertarung menjadi diktator terakhir untuk mengawal kehidupannya. Sementara itu, Oh Ri On ( Park Seo Joon ) yang dianggap sebagai saudara kembara kepada Oh Ri Jin merupakan seorang penulis genius. Oh Ri On berazam untuk mencungki...