Siapa Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan.


Tun Syed Zahiruddin (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja)


_MG_3255
Tun Syed Zahiruddin dan, di sebelah kanannya, Raja Harun Al Rashid Razman. (Photo: Raja Shahriman)

Tun Syed Zahiruddin ada hubungan persaudaraan dengan Sharifah Hendon, isteri Ku Nick. Beliau adalah Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka (1975-1984) yang keempat sebelum dilantik sebagai Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja.

TS
Tun Syed Zahiruddin bersama Y.A.M Raja Iskandar Zulkarnain ibni Al-marhum Sultan Idris Shah (Raja Kecil Sulong). (Photo: Raja Shahriman)

Tun Syed Zahiruddin dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian, Perak. Beliau adalah anak sulung daripada enam adik-beradik. Bapanya adalah Syed Hassan bin Syed Ibrahim, dan ibunya adalah Raja Halimah binti Raja Abdullah.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah bagi tahun 1924-1925. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Melayu Pondok Tanjung selama 4 tahun 1925-1929, dan selepas itu beliau mendapat pendidikan di Clifford School, Kuala Kangsar. Pada tahun 1930, beliau melanjutkan lagi pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Senior Cambridge.

Kecemerlangan dan kepintaran beliau telah membolehkan beliau dipilih untuk meneruskan pengajian di Raffles College, Singapura, 1938-1941, di mana beliau berjaya memperolehi Diploma Sastera. Semasa persekolahan, beliau adalah seorang pelajar yang aktif dalam pelbagai sukan seperti bola sepak, hoki, tenis dan kriket.

Sebelum memenggang jawatan sebagai Yang Di-Pertua Negeri Melaka (23 Mei 1975 hingga 30 November 1984), beliau telah memegang beberapa jawatan penting di peringkat daerah, negeri dan negara:

1942 – 1943  – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Gerik
1943 – 1946  – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Kechil, Tanjung Malim
1946 – 1947  – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Cameron Highlands
1947 – 1948  – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Lumut
1948 – 1951  – Timbalan Penolong Pegawai Daerah Perak
1952 – 1953  – Penolong Pegawai Lenggong, Perak
1953 – 1954  – Penolong Pegawai Daerah Tanjung Malim
1954 – 1955  – Penolong Pegawai Daerah Ipoh, Perak
1955 – 1957  – Penolong Setiausaha II, Perak
1957 – 1958  – Pegawai Daerah Tapah, Perak
1959 – 1960  – Timbalan Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur
1960 – 1961  – Tanah dan Galian Pesuruhjaya, Perak
1961 – 1962  – Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
1963 – 1966  – Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian, Malaysia
1966 – 1970  – Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Malaysia
1970 – 1972  – Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia
1972 – 1973  – Perkhidmatan Pengerusi Suruhanjaya Keretapi Malaya
1st April 1974 - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom
18th May 1975 - Duta Besar Malaysia ke Republik Ireland

Sebagai Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tun Syed Zahiruddin adalah salah satu daripada Orang Besar Empat Perak. Beliau telah dilantik apabila DYMM Sultan Azlan Shah menjadi Sultan Perak ke-34 pada tahun 1984. Beliau juga adalah salah satu daripada ahli-ahli Dewan Negara Perak yang menasihati Sultan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan negeri dan pelantikan ketua-ketua kerajaan dan negara.

Jasa beliau dalam kenangan.
Tun Syed Zahiruddin meninggal dunia pada 20 April 2013.

Sumber.

Disini aku sertakan beberapa keratan akhbar yang mengwartakan pmergian beliau;
NST

Kosmo

Harian Metro

Disini aku serta bagi pihak ahli keluarga yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku Siti Bainun Binti Mohd Ali sebagai wakil kepada Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah (Tuanku kini sedang dirawat di IJN) serta ahli keluarga yang lain kerana sudi memberi penghormatan terakhir buat Tok aku. Tidak lupa juga kepada pembesar pembesar negeri Perak serta negeri Melaka yang sudi mengiringi jenazah sehingga ke tanah perkuburan.

Ya Allah, kau limpahi lah rahmat Mu keatas roh arwah Tok aku & tempatkan lah beliau dikalangan orang orang yang beriman. Amin...
Tok...tenang lah disana, Tok sentiasa dihati Izan & kenangan bersama Tok akan sentiasa tersemat diingatan Izan.


Salam
-izzan-

Comments

  1. kak izzan mcm nak buku biografi tokoh la plak...apa2 pun salam takziah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ina...info ni pun dpt dr org kuala.....byk lg citer yg x sempat tok k.izan sampaikn...

      Delete
    2. assalamualaikum...boleh saya dapatkan no fon kak izan..saya ni cucu sedara tok ami..akmi sedang kumpulkan semua keluarga syed aldirus...sebelum tok ami meninggal ada sempat jumpa dengan arwah di kl..

      Delete
  2. Assalamualaikum, mohon bertanya.. boleh saya tahu siapa izzan? Saya juga cucu tun, Nama sya, Syed Muhammed Azrim anak kepada Syed Abdul Rahim.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, mohon bertanya.. boleh saya tahu siapa izzan? Saya juga cucu tun, Nama sya, Syed Muhammed Azrim anak kepada Syed Abdul Rahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azrim,
      Azrim ni ank sulung uncle Rahim ke? sye ni anak kepada Syarifah Esah. Ayah Azrim panggil mak sye kak Chah.

      Delete
    2. ya izan.. saya anak sulung uncle rahim, uncle rahim ada 2 org anak dri isteri yg pertama, Syed muhammed azrim dan syed mohd azlam. Nie num azrim... kalau ada apa2 boleh call 0172732236

      Delete
  4. Salam, mohon bertanya jika tidak keberatan. Ayah sy ada memberitahu bahawa Allahyarham Tun adalah bapa saudara beliau. Ayah sy bernama Raja Khalib Bin Raja Harun. Sy cuma ingin tahu adakah ia benar. Mungkinkah saudara disebelah ibu Allahyarham Tun. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @muzaffarshah mak saya kata Raja Harun tu sepupu arwah tok saya sebelah ibu, jadi betul lah yang ayah awak adalah anak saudara kepada arwah tok...

      Delete
    2. Owhh....begitu rupanya. Kerana semasa Allahyarham Tun menjadi TYT Negeri Melaka, ayah sy selalu melawat beliau. Terima kasih...boleh sy dapatkan contact number puan jika tidak keberatan. Ini email sy muzaffarshah87@gmail.com.... terima kasih

      Delete
  5. salam. maaf bertanya.. bagaimana Tun dikatakan bersaudara dgn Sh Hendon isteri Ku nick? dan mcm mana tahu Tun dr keluarhga Al idrus.. ada izan menyimpan apa2 nasab dan sislsilah Tun

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak sh hendon dan ayah tun zahir tu sepupu..,,

      Delete
  6. assalamualaikum...saya nak bertanya...syed azlan ank kpd syed hasan ke? mak saya teringin nak tengok gambar dia...sbb mak saya jaga dia kerja dengan gabenor melaka tahun 78..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum...saya nak bertanya...syed azlan ank kpd syed hasan ke? mak saya teringin nak tengok gambar dia...sbb mak saya jaga dia kerja dengan gabenor melaka tahun 78..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Lea...maaf baru berkesempatan utk mbaca email & menjengguk blog sye ni...
      Yer betul Syed Azlan adalah anak kepada Syed Hassan...boleh sye tahu nama mak Lea...mungkin sye pun kenal...lebih mudah jika Lea contact sye terus ke email sye iszann@gmail.com, dr situ sye akan hantar gambar yg diminta...
      terima kasih sudi membaca blog sye =)

      Delete
  8. Assalamualaikum Puan. Arwah ibu saya Sharifah Fatimah Syed Husain adalah sepupu kpd Almarhun Syed Zahirudin. Kami pernah jumpa almarhum di Melaka semasa jadi TYT Melaka.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, saya memerlukan bahan tentang Tun Syed Zahiruddin untuk kajian penulisan dan galeri tokoh sekolah iaitu SMK Tun Syed Zahiruddin. Bagaimana saya hubungi Puan.

    ReplyDelete
  10. Salam puan, arwah ibu saya selalu bercerita tentang tok ami di perak.. nak kepastian, puan ada saudara yg menetap di kuala terengganu tak? Btw, saya cucu sepupu pada atok ami kindah di TTDI

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts