Tidur Yang Amat Sukar...

entah kenapa malam semalam aku susah nak tidur...
padahal badan & mata letih sangat...
puas aku pujuk diri aku supaya tidur...
tapi hampa sangat...

aku buka quran baca surah yassin...
kemudian membaca ayat ayat ruqyah yang aku dah tanda dalam quran aku tu...
lepas tu aku baring semula...
dengan harap mata aku dapat dilelapkan...
sekali lagi hampeh...hehehe
nak buat apa yer bila dah tak bole tidur ni...
tiba tiba aku teringat buku yang aku beli kat MPH...
tajuk nye 'Jangan Baca Novel Ini' oleh Ismi Fa Ismail...
penceritaan dia & pengunaan bahasanya mudah difahami & ceritanye penuh misteri...
ada 7 peristiwa yang diceritakan dalam novel ni...
ia berkaitan antara satu sama lain...
cuma bagi mereka yang tak gemar cerita misteri ni
akan kata novel ni banyak pekara merepek tak masuk akal...
cuba lah baca novel ni...bagi aku cerita dia best...

mmm tahu tahu dah habis baca buku tu....
tak sampai sejam dah habis baca...
ingat lepas habis baca novel tu bole lah tidur...
tak bole gak...Ya Allah kenapa dengan aku ni...

aku mencari lagi buku yang aku bole baca...
sekali terpandang buku ni daa...
buku yang amat aku suka...buat setakat ni lah...
iaitu novel 'Syahadah Gadis Ateis'...
walaupun buku tu aku dah habis baca bulan lepas...
tapi aku masih lagi nak membaca nye buat kali kedua...
novel islamik ni memang teramat best untuk dibaca...
kisah tentang pengertian agama islam...
pengertian ayat ayat al quran...
dan paling aku suka bila watak dalam novel ini
mengkaji kitab kitab Allah selain al quran...
iaitu injil & taurat
diterangkan secara meluas siapa kita sebagai khalifah di muka bumi ini....
mengajar erti bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan pada kita...
dua kali baca pun aku tak rasa bosan untuk membaca setiap perkataan dari awal cerita hingga akhir cerita
aku habiskan membaca buku tu dalam masa 1 jam setengah...lebih kurang lah...
dan akhirnya pada pukul 4 pagi baru dapat lelapkan mata...
kemudia pukul 5 aku terjaga semula sebab dah set jam bangun waktu itu setiap pagi...

dalam train aku rasa mengantuk sangat....
tahu tahu dah sampai seputeh...
fuuhhhh!
mujur tak terlepas station mid valley lagi...
aku rasa macam lama betul aku tidur...
padahal tak sampai 30 minit pun aku tertidur...


*ok masa untuk aku layan sarapan aku pagi ni....lapar kot...assalammualaikum....=)*




*salam*

Comments

Popular Posts