Semalam Di ICU

semalam semasa melawat atok aku di ICU...
pekara yang paling aku tak gemar nak dengar...

A.Adik: hey kenapa you guys masuk sini...ok sorry sorry auntie lupa nak tell both of you just now, jangan masuk sini dulu.

aku: why auntie? actually me & Aida not plan to come inside just now we just intai je dari luar nak tengok sapa yang ada dengan tok. tiba2 ada brother sorang tu yang duduk kat pintu masuk tu buka pintu & suruh both of us masuk, so apa lagi masuk aje lah...hehehe.

Aida: why auntie, why?

A.Adik: (dengan suara berbisik...) orang katil sebelah baru aja mati...katil #1 soon because doktor cakap tadi dah tak ada hope, so doktor dah cabut all the wires...

AAaaapaaaa baru aja mati....& sorang lagi tinggal nyawa nyawa ikan(sambil menutup mulut aku membulatkan mata aku memandang A.Adik)
A.Adik memberi isyarat...SSsshhyyyy...sebab nenek aku yang dari tadi ada kat sebelah atok aku tak tahu pun yang orang kat katil sebelah tu dah mati...

aku: orang apa auntie?

A.Adik: Chinese...both pun Chinese.

Allah huakbar...tiba tiba lutut aku terasa lemah & bulu roma aku mula meremang...Aaaarrrggghhh kenapa lah time macam ni aku bole berada dalam bilik ICU tu...

tiba tiba dengar suara perempuan cina melalak meminta suami dia jangan tinggalkan dia...kata nya dia tak mampu nak menjaga anak anak yang masih kecil seorang diri...si isteri tu cakap lagi, 'siapa akan jadi pelindung keluarga kalau awak dah tak ada nanti, tolong lah jangan tinggal kan saya, bangunlah, buka lah mata tu... ' (walaupun perempuan itu bercakap dalam bahasa Mandarin aku faham gak lah apa yang di tuturkan...sebab dulu masa belajar kat kolej aku ramai kawan kawan dikalangan orang cina & selalu juga bertutur dalam berbagai dialek bahasa cina)

aku pandang nenek aku yang duduk di wheelchair...nenek aku tanye;

Pah: apa orang bising2 tu. orang tu menangis kenapa izan.

aku: entah lah pah, agaknya orang tu tak bole terima suami dia sakit kot.
(sambil tu aku gosok gosok lengan pah...membohong aja aku ni dengan nenek aku...maafkan izan pah, cuma tak nak pah terkejut & susah hati)

Pah: teruk ke sakit suami dia tu?

aku: tak tau lah izan, pah tapi tadi nampak muka dengan kepala dia bengkak teruk.eh! pah skang ni dah dekat pukul 8 malam. pah tak nak balik makan ke, berehat kat rumah?
(hehehe...putar topik lah yer pah)

Pah: dah pukul 8 yer. pah tak bole tidur sini ke?

aku: heeesshhhh...tak bole lah pah...mana ada tempat pah nak baring kat sini, lagi pun kat sini ramai nurse bole jaga tok. pah balik, pah makan pastu pah tidur rehatkan badan. mesti pah penat kan.

nenek aku hanya anggukkan kepala, terpaksa akur dengan kata kata cucu dia ni...

aku tolak wheelchair nenek aku keluar dari bilik ICU tu, tapi sebelum tu aku cium dahi atok aku & bisik ditelinga dia...'tok izan datang...tok baik2 aja yer...kuat semangat...izan sayang tok.'

masa nak keluar dari bilik ICU tu aku terpandang katil #1...Subhanaallah...muka orang tu makin membengkak & darah penuh di leher hingga ke dada dia...

menurut cerita auntie aku orang tu accident (tak tau plak accident apa), bila dibawa masuk ICU doktor detect pulak yang dia ada kanser kerongkong...

********************

ok itu cerita semalam...
hari ni...mungkin kerana terkejut dengan suasana semalam...
aku tiba tiba demam...badan aku sejuk semacam...
tekak aku sakit...dari bangun tidur sampai lah sekarang aku kerap sangat bersin...
Ya Allah...lemah semua system imunisasi badan aku...

yer aku akui yang aku ni memang lemah semangat kalau dapat berita kematian yang mengejut macam tu...
nak pulak aku ada di tempat kejadian...

ingat bole la bertahan buat kerja sampai petang...
tapi rasanya tak bole kot...
badan dah mula mengeletar dah ni...
taip blog ni pun asyik salah aja ejaan nya...
tapi nak gak tu berkongsi cerita...

aku kena balik rehat kat rumah nampak gaya nya...
tu lah pagi tadi boss suruh balik...tak nak plak...
=I


sekian, wasalam.
-izzan-

Comments

Post a Comment

Popular Posts