Dilema Sampai Demam...

Haiiiissssssss...
Apa lar izan ni...sikit punye hal pun sampai nak demam...
Semalam x-supplier call izan...(dulu dia ni supplier kain...selalu lah juga belanja izan makan...skang dia dah kerja buat interior design)

Edlin: Hello beb...kenal tak siapa ni...u buat pe tu...tengah masak ke?

Izan: Eh tak lar...agak2 lah dah kul 3 petang ni kot, nak masak apa. I baru balik keje ni.

Edlin: U kenal kan siapa yang call u ni...jangan kata you tak simpan nombor I.

Izan: Harus lah I simpan no. u beb. Dari suara pun I tau u ni Edlin. Apa citor, tiba2 call ni.

Edlin: Eh u baru balik keje, awal u balik keje. Tapi I jumpa Ina semalam. Dia bagi tau I, u dah tak keje lagi kat Mid Valley. Beb...u tengah cari keje lain ke? I nak offer u keje ni.

Izan: I buat part time dengan my x-boss skang ni. Hmmm....tak sempat nak story kat u, dah ada yang tolong story kan. Tak nak cari keje lain kot (dalam hati berkata, haruslah nak keje semula...dah macam zombie aja duk umah aja ni...). I just buat freelance je.

Edlin: Beb kenapa ni...I don't think u bole duduk aja kat umah. U kan workaholics orang nyer...hehehe. I'm just kidding yer. No heart feelings ok. Beb...I serious ni nak offer keje kat u. Oh ye...u still kenal lagi tak Rozaini. Staff GDP dulu.

Izan: Nama macam familiar aja. Staff archi yer.

Edlin: Yup. I sekarang keje dengan dia lah. Dia yang beria-ia suruh I call you ni. U ingat lagi tak pasal project istana yang I buat dulu tu. I ada mintak tolong u carikan sample fabric untuk I. Company dia lah ni.

Izan: Oooh Ok, tapi beb...kat mana tempat keje u tu?

Edlin: Kat Setiawangsa.

Izan: MAK AIH!!! Tempat jauh lagi tak de ke...beb. Jauh sangat lah for me to go there. I don't have my own transport, dear.

Edlin: Alah u ni...tu lah duduk lagi jauh2. Tak pe lah u datang lah sini dulu. Tengok macam na.

Izan: Tapi beb...I malas lah nak update my resume & portfolio.

Edlin: Ala beb...tak payah lah semua tu. Kita orang memang dah kenal u kan. Serious ni kita orang kat sini dah 6 bulan dok cari designer. Please think about it then whatsapp me, ok.

Izan: Ok, will keep u in touch, dear.

Edlin: We will wait for a good news yar. U take care. Bye.

Izan: Eh beb...thanks yer. Bye.

Berita ni Izan terus sampaikan ke abah & mak...reaksi mereka;
Abah:-
Bagus lah tu...orang lain bertungkus lumus cari kerja, susah pula tu nak dapat. Izan duduk diam aja kat rumah orang dah offer kerja. Pergi lah tengok tempat dia dulu, tengok berapa diorang nak offer. Kalau berbaloi apa salahnyer terima offer tu. Ingat...awak tu nak tanggung 2 orang anak.
(YEAH!!! Sayang sangat kat abah. Always support me& give positive thinking. Love you daddy...hehehe)

Mak:-
Jauh sangat tu. Cuba tanya, boleh ke buat kerja kat rumah. Pikir anak anak tu, kesian diorang bila Izan asyik sibuk dengan kerja.
(Mak always menjadi pencabar terhebat dalam hidup Izan...)

Dari pandangan mata mak, Izan dapat baca yang mak tak agree dengan cadangan supaya Izan bekerja semula. Hai...bagusnya lah kan kalau suatu hari Allah turunkan bebebe...zillions wang dari langit.

Ya Allah...mudahnya Engkau beri rezeki pada hamba Mu ini. Syukur alhamdulillah dengan kurniaan ini. Tapi kenapa perlu ada halangan lain. Ya Allah tabahkanlah hati hamba Mu ini. Tunjuk kan lah jalan penyelesaian & hindarilah diri ku ini dari menjadi anak yang durhaka....

Kerana hal ini, malam tadi badan Izan panas...DEMAM...huhuhu. Dugaan...dugaan...Pagi tadi bangun kepala rasa berat sangat & tekak rasa perit...macam mana ek.....apa keputusan Izan perlu ambil...???


-izza-

Comments

  1. Sabar jelah Izan.. cuaca skrng ni pun mmg sgt panas & senang nak kena penyakit.. semoga cepat sembuh & pulih spt biasa ye.. aamiin.. Salam Jumaat & all the best.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts