Al-Fatihah

pagi pagi Abah kejutkan dengan berita yang tak dijangka akan berlaku...

Innalillah hiwa inna ilai hiroji’un...

terjatuh roti bakar dari tangan Izan...cepat cepat Izan kutip roti yang terjatuh tadi...fuuhh fuuhh
cepat cepat juga Izan duduk dimeja makan dan bertanya lebih lanjut tentang apa yang terjadi semalam...

Abah kata, "semalam masa sampai kat dewan felda tu Abah cari lah kawan Abah. biasa bapak & mak pengantin akan sambut tetamu tapi tak de. selesai makan pun tak nampak kawan Abah tu. pengantin pun tak ada, tengok meja khas untuk keluarga pengantin lelaki tu kosong aja. Abah dah rasa tak sedap hati. masa berjalan keluar dari dewan kat pintu masuk tu Abah terjumpa kawan Abah yang sama department dengan Abah dulu. dia lah yang pagi tau apa yang dah berlaku. mengucap panjang Abah masa tu. terus Abah ikut kawan Abah tu ke rumah pengantin."
panjang lebar Abah bercerita.

sambung Abah lagi, "Hj. Jamaludin nampak Abah datang terus dia dakap Abah. menangis, sedih sangat dia. pengantin pompuan tu anak bongsu dia. dia sendiri tak jangka bole berlaku pekara macam ni. arwah tak pernah mengadu apa apa sakit pun pada dia atau ahli keluarga yang lain. umur dia 28 tahun." ...isshh muda lagi tu
Hj. Jamaludin ni best friend Abah masa sama sama bekerja Di Shell House Malaysia kat Damansara Heights dulu...

inilah dikatakan takdir Allah. tak de sapa dapat menjangkakan ia akan terjadi.

berita lanjut bole lah baca  di dalam surat khabar Kosmo hari ini...
paper Kosmo 27.04.2014

kad undangan & cenderahati yang keluarga Izan terima...kenangan

Al-Fatihah...salam takziah diucapkan buat keluarga pengantin perempuan & lelaki...semoga roh Junaidah di rahmati dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amiin.



-izzan

Comments

  1. Ya Allah sedihnya... innalillah... takziah buat keluarga. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin.

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...betapa singkatnya nikmat yang Dia berikan. hanya dia sahaja yang Maha Mengetahui. Innalillahiwainnailaihirajiun....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts