Cerita Lewat Malam
Salam semuanya, bagaimana keadaan semua, ketika dunia dalam situasi pendamik panik ini (panik ke...dah tak tahu nak rasa apa kan...), iaitu Covid-19. Letih kan hidup dalam norma baru ini. Entah bila pendamik ini akan berakhir. Sama lah hal nya kisah hidup aku yang entah bila akan menemui kesudahan nya. Malam ini...eh sudah lewat malam lah, jam pun sudah berdetik 1.20 pagi. Susah hendak tidur malam ini, mungkin kerana siang tadinya tertidur agak lama, maklumlah musim hujan ni, sejuk-sejuk ni terlebih lena tidur...hehehe. Oh malam ini aku ingin berkongsi cerita tentang aku, anak-anak dan orang-orang dikeliling aku. Baik yang baru aku kenal mahu pun yang sudah lama aku kenal. Yup, semahu mana aku cuba tanam cerita silam, ia tetap akan dibangkitkan juga. Menjadi seorang ibu tunggal yang ditinggalkan, yang tidak diambil peduli dan yang digantung tak bertali ini bukan mudah untuk memikul semua itu. Bukan tak pernah menyuarakan hasrat hati ini dipejabat agama. Malah kesudahannya 'krik...