Cerita Lewat Malam

Salam semuanya, bagaimana keadaan semua, ketika dunia dalam situasi pendamik panik ini (panik ke...dah tak tahu nak rasa apa kan...), iaitu Covid-19. Letih kan hidup dalam norma baru ini. Entah bila pendamik ini akan berakhir. Sama lah hal nya kisah hidup aku yang entah bila akan menemui kesudahan nya.

Malam ini...eh sudah lewat malam lah, jam pun sudah berdetik 1.20 pagi. Susah hendak tidur malam ini, mungkin kerana siang tadinya tertidur agak lama, maklumlah musim hujan ni, sejuk-sejuk ni terlebih lena tidur...hehehe. Oh malam ini aku ingin berkongsi cerita tentang aku, anak-anak dan orang-orang dikeliling aku. Baik yang baru aku kenal mahu pun yang sudah lama aku kenal.

Yup, semahu mana aku cuba tanam cerita silam, ia tetap akan dibangkitkan juga. Menjadi seorang ibu tunggal yang ditinggalkan, yang tidak diambil peduli dan yang digantung tak bertali ini bukan mudah untuk memikul semua itu. Bukan tak pernah menyuarakan hasrat hati ini dipejabat agama. Malah kesudahannya 'krik' 'krik' 'krik'..... Bersemuka...dari satu pejabat agama ke pejabat agama lain aku pergi...sampaikan aku rasa aku ni seolah mengemis belas ehsan dari orang. Maruah tercalar jangan cakap lah. Kemudian usaha pulak dengan panggilan telefon, di sambungkan ke satu talian dan ke talian yang lain. Tiada kesudahan juga. Seterusnya aku usaha dengan menghantar email. Sekali lagi..'krik' 'krik' 'krik' yang aku dapat. Yes penat, seriously penat sangat.

Anak-anak membesar dengan dahagakan kasih sayang seorang bapa. Syukur anak-anak memahami keadaan kekurangan dalam keluarga ini, tidak ada yang memberontak. Kesan dari kemelut ini, membuatkan anak dara aku bernikad tidak mahu berkahwin sebab tak nak babah dia yang jadi wali, dalam erti kata lain dia tak nak langsung berjumpa dengan bapa kandung dia. Kakak (panggilan dalam keluarga) juga ada menyuarakan untuk tidak berbintikan nama babah dia, kerana dia rasa malu bila tulis / sebut nama penuh dia yang berbintikan nama babah nya sendiri. Alahai anak ku...jauh sangat pemikiran kamu tu nak. Oh...Kakak pernah bagi tahu, 'mommy tak tahu mcm mana struggle nya kakak bila babah bawak kakak keluar jalan-jalan.' Sampai ke saat ini aku masih cuba mencari, apakah maksud anak aku tu. Apa yang dah terjadi. Kenapa selepas 13 tahun baru Kakak nak bagi tahu hal ni. Kakak macam fobia bila aku bawak dia pergi makan kat tempat favorite aku di foodcourt seksyen 14, PJ. Dia seolah-olah sesak nafas dan terasa nak termuntah bila berada di situ. Satu persoalan besar disini. APA KAH YANG SUDAH TERJADI ???

Lain pulak halnya dengan anak bujang aku. Dia nampak macam tak ambil pusing tentang kemelut hubungan mommy dia dengan babah dia. Dia hanya dengan dunia dia. Kadang tu dia ni suka memasang telinga, sibuk nak dengar orang bergosip. Hasil dari inti pati gosip tu dia akan cari point tuk membahan orang yang bergosip dan yang kena gosip. Tapi satu hal yang buat aku ter'ha'aah' bila mana dia boleh keluarkan statement lepas dapat tahu yang babah nya ada keluarga baru, ada anak baru (mana dapat tahu? sekarang ni berita di media sosialkan sangat meluas, pekara yang disorok pun orang boleh nampak); 'mampu pulak ada anak lain, sedang anak yang sedia ada ni tak boleh nak tanggung...' Woooo.... Anak bujang aku ni memamg tak banyak cakap tapi bila dapat cakap, memang pedas je ayat dia. Anak harapan keluarga kerana kepintaran dia dalam pendidikan dan juga anak yang boleh mengimamkan solat berjemaah keluarga serta lancar membaca Al-quran. Dulu masa kecil bila suruh mengaji susah nya laaa hai, sampaikan ustaz yang datang mengajar di rumah terpaksa bawa gula-gula dan coklat, sebagai upah pujuk dia mengaji. Mujur lah ustaz tu sabar dengan kanak-kanak bawah umur ni (ketika itu anak bujang aku berumur 4, 5 tahun). Alhamdulillah ini lah rezeki serta ketenangan jiwa yang Allah berikan pada aku dalam pada aku sabar membesarkan anak-anak dengan memikul 2 tanggungjawab, aku lah mak aku lah bapa.

Dua hari lepas, aku diuji lagi, bila Kakak bagi tahu aku yang student account assessment dia kena block sebab tuition fee sem 1 tak bayar. Dia nak submit assignment tiba-tiba tak boleh. Dapat notis tuition fee tak bayar lagi, jadi apa-apa assignment tak boleh submit dan ujian sem 1 tak boleh ambik. Ok ujian sem1 dia start Isnin akan datang ni. Aaaduussssss....time tu memang aku membebel lah. Dah banyak kali cakap mintak Uni punya account department bagi list amount tuition fee yang nk kena bayar, bila nak kena bayar. Sampai kesudah tak dapat dapat juga apa yang aku minta. Sudahnya kena block nk submit assignment kan...Dah masuk Uni ni tak kan semua mommy juga yang nak kena uruskan A to Z. Dah dewasakan, belajar belajar lah uruskan sendiri. Tak tahu siapa bersalah dalam hal ni. Rupa-rupa nya dapat tahu semua student dalam kelas dia pun menghadapi masalah yang sama. Jadi....

Biasanya bila hal-hal dalam pendidikan anak-anak ni 'I'm always the cool mom', jarang lah nak membebel or nak melenting tak pasal. Oleh kerana, amount yang kena bayar tu 2k, nak pulak aku ni dah nak masuk 3 tahun tidak bekerja, tak ada income dan nak pula kena settle kan payment tu in short notice...tak ke rasa nak meletup kepala ni, jantung rasa nak gugur je. 'Kemon' lah...give time la, aku nak kena korek duit kat tabung haji, baru boleh buat payment. Tak puas hati semalam, pagi-pagi aku gigih call Uni punya account department tanya status bayaran fee tu. Alhamdulillah, Ya Allah syukur, aku hanya kena bayar seratus lebih saja. Amaun tu setelah ditolak pinjaman PTPTN dan biasiswa yang anak aku terima. Nah...apa guna dapat pinjaman PTPTN dan biasiswa tu kan. Ok, settle sudah hal tuition fee tu. Anak aku pun dah submit assignment dia before 12pm seperti yang di minta oleh lecturer dia. On coming Monday anak aku dah bole ambik 1st sem exam. Good luck girl, you can do it.

Dalam kemelut nak membayar tuition fee Kakak tu, ada pula yang bertanya pada aku, 'mana bapak dia, bapak dia tak tolong ke?' Sukar aku nak menjawab soalan itu. Ini lah yang aku katakan awal tadi, "semahu mana aku cuba tanam cerita silam, ia tetap akan dibangkitkan juga." Apa yang aku takut akan terjadi bila persoalan ini terbangkit.... aku harap...harap sangat ia tak akan terjadi lagi. Sekarang ini aku hanya mampu berdoa pada Allah agar aku temui jalan untuk aku segera selesaikan status aku ni. 

Sekian cerita lewat malam kali ini. Akan adakah cerita lewat malam lagi selepas ini? Will see...nantikan aja yer.

Terima kasih, kerana sudi membaca cerita yang serba kekurangan ini.


~izzan~

Comments

Popular Posts