Ku Tertanya......
Siapa Siapa Siapa !!!!
Rasanya dah lebih 4 bulan dah...ke mana pegi teringatkan dia, bukak screen pc tbayang wajahnye, pejam mata nampak rauk wajahnye, bukak mata tbayang senyumannye....aduuuh. Kenapa perlu ada perasaan ini.
Uurgh tak suka tak suka...perasaan ini bukan dah lama ke dibuang jauh-jauh. Kerana perasaan ini lah masa depan & harapan hancur Berkecai. Takut & tak sanggup nak melaluinya skali lagi. Sekarang ni hati gundah, minda bercelaru; yang di depan mata setia menanti, yang diimpikan belum pasti....Oops yang di depan mata tu siapa? Ada kah?
Yaaah rimas rimasnya...waatchaaa...adoii, hehehe. Ya Allah apa kah semua ini, apa yang cuba Kau ingin sampaikan pada hamba Mu yang kerdil ini.
Bila melakukan aktiviti luar bersama-sama family, ingat boleh lah lupakan perasaan sengal ni. Sekali hampeh...tiba-tiba terdengar pulak alunan penyedap halwa telinga ini...ish tak pasal-pasal teringat pula kat dia; terpaku & terasa macam dia ada kat sebelah je. Ish yah yaaah dush. Walau penat atau tengah bengang dengan seseorang or sesuatu, tetap juga ingatkannya. Serba serbi dia aje la yang dok berlega-lega kat pikiran ni.
Hmmm...14 tahun yang lalu...fuhh fuuyooo 14 tahun tu, masih & tetap dalam ingatan. Setiap gerak gerinya masih segar dalam ingatan. Memang tak dapat dinafikan waktu itu suka sangat perhatikan dia. Ketika itu siapa saja yang ada disisinya nampak mesra & senang dengannya. Mungkin kerana sikap ramah & matang bila berbicara yang buat semua orang menyenanginya. Tapi entah kenapa tiba-tiba perasaan itu terhenti. Kenapa? Semuanya berlaku apabila suatu hari dia menceritakan tentang orang yang dia sayangi itu. Dari cara cerita dia tentang orang itu nampak sangat yang dia ni setia orangnya. Walaupun sering bergaduh & berselisih faham dia tetap sayangkan orang itu. Jadi sia-sia aja lah kalau nak berangan memilikinya. Apa yang mampu dilakukan ketika itu hanya lah pasrah. Hehehe...tapi kenapa tah teringat la pulak pada kata-kata seorang ni. "..nombor telepon masing-masing dah ada kan, bila-bila senang ajak lah keluar, tapi tak kan perempuan nak ajak pulakan", sambil cuit lengan dia tu.
Kelakar kelakar bila teringat semua itu.
Cuma tahun pertama aje, selepas bertemu & kenal...saling berhubung & ada berkunjung ke rumah. Apa aje yang tahu tentang dia ni...tak banyak pun, sebab tak penah berusaha kearah itu pun. Bapanya ade company sendiri, tapi dia tak berminat untuk bekerja dengan bapanya. Katanya, ingin mencari pengalaman sendiri. Ada seorang adik yang bekerja sebagai pembantu makmal. Di mana? Hmmm tak ingat la pulak. Nama adiknya tu pun tak ingat. Itu je la yang tau pun pasal dia. Hari berganti hari, minggu berganti minggu & bulan berganti bulan, dia langsung tak berhubung dah. Ketika itu terfikir, mungkinkah dah berkahwin. Huhuhuhu....tak apa tak apa, usia masih remaja. Hehehe nk sedapkan hati la masa itu. Well dah bukan jodoh mana nye. Kuangkuangkuang.......
Kini tahun berganti tahun....tapi kenapa tahun ini, tahun 2010, ingatan itu kembali lagi. Jiwa kacau dibuatnya.
Tapi kan, ada sedikit ke'confius'an....kalau masa bertemu 14 tahun yang lalu, dia nampak macam orang dalam lingkungan pertengahan 20-an, kiranya jarang umur tu dalam 5 - 6 tahun. Tak kan lah sekarang ni bila bertemu kembali ( setakat di alam maya je pun, belum lagi bersemuka) dia ni, beza umur hanya 2 tahun je....eeee musykil tul lah atau ke silap orang ni. Tapi hati ni kuat mengatakan dia lah orangnya. Kalau tengok dari sudut raut wajahnya, memang dia lah orangnya. Kalau tengok dari sudut kerjayanya dah lain pulak. Well well well....zaman dah berubah.....
Sejak dari terjumpa kisah dia ni, perasaan menjadi tak menentu. Mujurlah urusan kerja tak terjejas. Alhamdulillah syukur...
Tapi tu lah satu pekara yang tak dapat nak dielakkan. Apa? Hehehehe...teka aah. Yaaah dush..hehehe rasa macam nak tumbuk je kan. Bole pulak main teka teki dalam story ni. Ok la bagi tahu la ni. Pekara yang tak dapat dielakkan tu ialah setiap hari pasti nak melihat & baca tentang perkembangannya. Ni dah kira kes angau bangau dah ni. Wawahahaha.....
Kalau takdir Tuhan menemukan kembali hubungan yang dah terputus sekian lama ini, apakah yang cuba ditunjukkan & masihkah ada sinar dalam hidup yang penuh kegelapan ini?
Apakah kesudahan pertemuan ini, sad ending kah or happy ending kah???!
Maka dengan itu, tercipta lah 1 puisi ini:-
Maafkan la diri ini
Kerana tak mampu mengawal diri
Kerana tak berdaya menafikan kewujudanmu
Kerana tak dapat melarikan diri dari mengingatimu
Namun
Segala yang dirasa biarkan saja
Biarkan ia membara dalam jiwa
Biarkan ia meronta dalam hati, merintih sendiri
Biarlah
Perhubungan ini
Tanpa tafsiran
Tanpa membina harapan....
-izzan-
hmmm....
ReplyDelete