Hayati Sedalam Dalamnya......

Hari ini aku membaca Surah An-Nuur...(hmmmm baru sampai surah ni...seminggu lagi nak raya sempat ke nak habis baca Al-Quran ni...insyallah =) )

Beberapa ayat dalam surah ni buat aku sedar akan apa yang telah aku lakukan & yang telah terjadi pada diri ku ini...sesungguhnya apa yang dah terjadi ada hikmah di sebaliknya...sesungguhnya Allah telah memilih aku untuk diuji & merasai semua ini...aku ambil iktibar dari ayat ini untuk menjadi pedoman & bimbingan dalam hidup ku...supaya aku betul betul dapat mengubah nasib hidup ku & anak anak yang amat aku sayangi...

Dibawah ini adalah beberapa ayat yang memberi maksud mendalam bagi diri ku...ingin ku konsi bersama;*aku berdoa agar 'dia' sedar akan kesilapannya dulu...*


A006
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; -
 *aku berdoa agar 'dia' sedar akan kesilapannya dulu...*



A011
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).



A030
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
(An-Nuur 24:30)
 
 A031
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
 *Allah hu akbar...*




A035
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
 *setiap hari aku menikmati keindahan Allah ini...*



 A056 
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul Allah; supaya kamu beroleh rahmat.
(An-Nuur 24:56)
*'mummy kakak nak bayar zakat bole'...'kakak kecil lagi sayang, orang yang dah keje berkemampuan sahaja bole bayar zakat'...*




A064
Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Ia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia); dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Ia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.


Ya Allah...ampuni lah segala dosa dosa ku...sesungguhnya hamba mu ini tidak mahu hidup dalam kesesatan...lindungilah aku serta anak anak ku dari pekara pekara kekufuran...Ya Allah Ya Tuhan ku...ampunilah dosa dosa kedua ibubapa ku serta ahli ahli keluarga ku yang lain, serta sahabat sahabat ku, saudara saudara ku serta seluruh umat islam yang lain...

Ya Allah...sesungguhnya aku amat merindui abang ku yang telah lama kembali kepada Mu...huhuhuhuhAl-Fatihah buat Arwah Abang Izzat...amin...

semoga yang membaca blog aku ini mendapat hidayah sempena di bulan yang penuh rahmat ini... 

*PEACE*

Comments

Popular Posts