Apa Dah Jadi Ni...

Izan baru dapat berita tentang 4 mangsa tikam di 3 lokasi yang berbeza...
dan sempat juga melihat video penangkapan suspek oleh orang awam...

*************
baca berita ini...

berita @beritaharian:
Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
~24/10/2013~ 13:47:15 PM

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian.

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki.

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

yang ni pula berita @utusan (terkini):
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai penuntut ajaran sesat bertindak menikam empat orang awam di dua lokasi berasingan di Stesen Putra LRT Taman Gombak dan Taman Melati di sini pagi ini.
Dalam insiden pukul 11.20 pagi itu, dua daripada mangsa mati di tempat kejadian manakala dua lagi cedera parah.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika mengesahkan perkara itu berkata, jarak antara dua kejadian terbabit adalah kira-kira tiga kilometer.
"Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai dan ketika ditangkap mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
*************

seram sejuk Izan baca cerita ni...
apa dah jadi dengan mentality manusia zaman sekarang ni...
semalam kes pengawal keselamatan merompak tembak orang...
hari ni kes tikam orang lah pulak...Allahu akbar...

dengan membunuh orang masalah boleh selesai ke....?
setiap kesulitan pasti ada jalan penyelesaian nya...
minta lah petunjuk & bantuan dari Allah...
Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui & Maha pengasih...

-izzan-

Comments

  1. Mmg menyeramkanlah.. siapa sangka boleh jadi insiden mcm ni. Risau klu berjln2 skrng ni..

    ReplyDelete
  2. betul tu Khir...risau lebih2 lagi bila mbawa anak2 keluar berjalan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts