Renungan Pagi Khamis.

hehehe...pagi pagi dah kena tampar dengan msg yang masuk kat phone...terima kasih untuk msg tu...Izan amat hargainya...walau apa pun terjadi Izan masih mampu untuk tersenyum... =)
****************
Assalamualaikum dan selamat pagi...ada renungan untuk kita bersama.
Orang-orang berjaya faham betul betapa dahsyatnya kekuatan fikiran positif.
Jika ditelaah lebih dalam lagi ternyata kebahagiaan seseorg sangat bergantung pada persepsi terhadap dirinya sendiri.
Orang-orang yang selalu berfikiran positif pada dasarnya mereka sedang mengundang berbagai kebaikan dalam hidupnya.
Sebaliknya orang-orang yang selalu berfikiran negatif hidupnya terasa sempit..sengsara..dan tidak bahagia. Diri kita sangat tergantung dangan apa yang kita fikirkan.
Oleh itu berfikiran positif merupakn cara ampuh membangun kebahagiaan hidup seseorang.
Sayangnya kebanyakan dari kita lupa akan kedahsyatan berfikiran positif.
Mereka yang selalu berfikiran negatif hanya akan menyengsarakan diri mereka sendiri dengan fikiran-fikiran tidak berguna.
Kita mungkin sering mengeluh kerana tidak kunjung bahagia..tidak kunjung menjadi kaya atau tidak kunjung mendapatkan apa yg kita inginkn.
Kita sering merasakn kekurangan dalam hidup dan terfokus dalam kelemahan diri.
Sesungguhnya mengeluhkan hal-hal demikian merupakan gaya berfikiran negatif.
Jika fikiran kita negatif kelebihan yang kita punya tidak lagi berkembang dangan baik kerana ditutupi oleh keluhan-keluhan.
Hasilnya kita lupa mengembangkan potensi dalam diri kita. Betapa ruginya. Dok gitu.
****************

 ~kata kata renungan ni untuk kita bersama yer dok...terima kasih daun keladi, lain kali bagi lah lagi~

-izzan-

Comments

  1. Betul tu Izan, dgn berfikiran positif secara x langsung membawa pemikiran separuh sedar kita utk membentuk aura yg baik kpd diri & org2 disekeliling kita. In shaa Allah, tercapai apa yg diimpikan. Thanks sharing ye & salam khamis :)

    ReplyDelete
  2. Bila keadaan dan pemikiran kita berada dalam keadaan yang positif, semua yang kita buat akan terlaksana dengan mudah dan lancar InsyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts