Allahu'akbar...Subhana Allah...

sempat mak cerita tadi sebelum izan keluar nak ke tempat kerja...

"mujur lah panjang umur mak & abah...kalau tak, tak tau lah..."

Ya Allah...apa mak merepek pagi2 ni...berdebar la plak dada izan ni...

rupa nya mak bagi tau malam tadi masa mak & abah balik dari kelas mengaji di bandar baru bangi...kereta yang dipandu abah nyaris terbabas diselekoh jalan...

mak kata abah bawak kereta laju masa melalui selekoh sebelum nak sampai ke MOSTI tu...ok ok izan tau sangat selekoh tu sbb dulu izan pun nyaris2 nak bertembung dengan lori 'bancuh simen', tapi izan dapat kawal pemanduan & sempat menggelak...

dalam pada mak tengah bercerita...abah tiba2 muncul belakang mak..."mana ada laju lah, i bawak macam biasa lar tak laju pun..." hehehe muka abah dah cuak...mak dah cebek2 kan muka & menjeling manja kat abah...tak pe tak pe abah, pagi ni izan x de mood nak membebel...

"abah tak nampak sangat tu mak...mujur lar tak de kereta masa tu kan..." izan cuba pujuk mak & dalam pada masa yang sama cuba untuk menenangkan hati yg tengah berdebar2 masa tu...

abah pun dah tau kurang penglihatan masa memandu di waktu malam, pandu lah kereta tu perlahan2...macam tak tau je macam mana abah pandu kereta...ish abah...abah...

alhamdulillah mak abah selamat...

Ya Allah...Kau lindungilah kedua ibubapa ku, panjangkan usia mereka & berikan kesejahteraan & limpahkan rezeki pada mereka berdua...amin.

izan sayang mak & abah...izan perlukan mak & abah disisi izan...

selamat pagi semua...semoga segala urusan berjalan dengan lancar hari ini...


p/s: pada mereka2 yang berpeluang berjumpa dengan Lee Min Ho petang esok di Nusentral sila la share gambar pakwe yang cute & comel tu yer....hehehe *peace*

-izzan-

Comments

  1. 'mana ada laju' adalah merujuk kepada laju...

    ReplyDelete
  2. Syukurlah tiada apa yg buruk berlaku.. alhamdulillah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts