Hujung Tahun 2022
Sudah di bulan akhir tahun 2022 yer...tapi hidup ini masih juga ditakuk lama. LEMAH!!!
Kemelut politik hampir berakhir (mungkin lah kot sebab dah ada kerajaan baru kan...dipanjatkan doa agar semuanya baik-baik saja & dipermudahkan segala urusan).
Dua ribu dua puluh dua....adalah tahun yang sangat mencabar bagi aku & anak2. "Mommy kerja semula tapi hidup makin susah. Lebih baik tak payah kerja macam ni mommy." " Sabarlah man, Allah tengah aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita tu." Conversation ini berlaku 3 bulan yang lalu. Yer waktu itu sebenarnya aku sudah hilang semangat untuk bekerja. Tujuan asal aku terima tawaran untuk bekerja semula (dalam bidang Interior Design) adalah sebab simpati dan niat aku hanya untuk membantu junior aku naikkan company yang baru dia tubuhkan.
Rasanya sudah setahun company junior ni (senang aku nak cerita disini, aku gelar dia sebagai acik D) beroperasi. Dari 1 project tak menjadi hingga sekarang ni sudah 4 project yang berjaya disiapkan dan 2 darinya banyak betul masalah yang nak dihadap. Dah beberapa kali nasihat supaya acik D ni cari pekerja tetap yang boleh bantu dalam hal admin, account & site supervisor. Kerap kali lah bagi alasan kewangan tidak mengizinkan.
Sedangkan aku yang dari awal kerja sebagai freelancer, kemudian mendesak supaya bekerja tetap dengan alaun RM1500 + travel claims. These has been said before, "everyday is working day for us, and everywhere you go please carry along your laptop so if there is urgent task you can do it immediately. No work can be delay event 1 day." WAH! kena kerja 24/7. Komunis pun tak sekejam ini yer. Oh one more thing, "if you are sick please give notice a day ahead". LAH! sakit bukan boleh tahu awal. Bila2 pun boleh sakit. Kalau macam tu esok mati hari ni dah kena inform lah yer. Macam boleh tahu esok akan mati kan.
Entah berbaloi atau tidak kerja yang aku terima ini. Inilah dia izzan, pandai masuk tapi tak pandai cari jalan keluar. Kali ini siapa yang akan tolong yer. Eeennntaaaah lah, rasanya kali ini dah tak nak harap lagi pada pertolongan siapa2 sebab setiap pertolongan itu pasti ingin kan sesuatu dari diri ku ini.
Mungkin bila aku cerita disini mesti akan ada yang kata job dah banyak kenapa ada masalah kewangan. Bagi aku satu saja punca masalah semua ini berlaku. Bila kita rasa kita lebih pandai dari orang lain tak perlu rasanya nak maki hamun & mengutuk hasil kerja orang lain. Kehebatan kita, kita belajar dari kelemahan orang lain & kelemahan kita, kita belajar dari kehebatan orang lain. Betul ke...?
Dalam tahun ini setiap persoalan aku Allah jawab. Alhamdulillah.(apakah itu, nanti next post izzan bagi tahu yer) Tapi permintaan aku, masih lagi tak tercapai. Baiklah aku terima ini, apa yang aku inginkan belum tentu yang terbaik buat aku, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat diri ku ini.
Cukup lah setakat ini luahan yang ingin aku suarakan. Mohon doakan agar 4 lagi project yang diterima berjalan lancar. Tak tau lah kan macam mana 4 project yang jalan serentak ni akan rancak beraksi dengan hanya 3 orang pekerja tetap termasuk acik D.
***Terima kasih pada follower yang masih setia di blog ini***
~izzan~
Comments
Post a Comment