My Life...(Hati Seorang Ibu)
ini bukan nak mengungkit...tapi sekadar untuk memberi kesedaran pada insan yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada nya... selepas dugaan yang pertama aku di uji... walaupun dalam hati penuh dengan rasa dendam... tapi aku masih boleh berfikir dengan waras... aku telan juga hempedu yang di beri... dalam melangkah ke tahun ke 4 ulang perkahwinan kami... aku di uji lagi... kali ini kedua dua anak aku pula terpaksa keluar masuk hospital... kerana menghidapi 'bronchopneumonia' & 'asthma' yang agak serius... waktu itu aku betul betul jatuh tersungkur...payah untuk aku bangkit semula... hanya air mata peneman aku di waktu malam... hidup aku kosong & penuh dengan kegelapan... kesian pada anak anak yang terpaksa menjadi mangsa keadaan & menanggung penyakit yang mereka hidapi... dan setiap malam juga aku tidak putus putus berdoa pada Allah agar pulihkan penyakit anak anak aku & berikan aku kekuatan & kesabaran y...