My Life...(Hati Seorang Ibu)

ini bukan nak mengungkit...tapi sekadar untuk memberi kesedaran pada insan yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada nya...
selepas dugaan yang pertama aku di uji...
walaupun dalam hati penuh dengan rasa dendam...
tapi aku masih boleh berfikir dengan waras...
aku telan juga hempedu yang di beri...

dalam melangkah ke tahun ke 4 ulang perkahwinan kami...
aku di uji lagi...
kali ini kedua dua anak aku pula terpaksa keluar masuk hospital...
kerana menghidapi 'bronchopneumonia' & 'asthma' yang agak serius...
waktu itu aku betul betul jatuh tersungkur...payah untuk aku bangkit semula...
hanya air mata peneman aku di waktu malam...
hidup aku kosong & penuh dengan kegelapan...
kesian pada anak anak yang terpaksa menjadi mangsa keadaan & menanggung penyakit yang mereka hidapi...
dan setiap malam juga aku tidak putus putus berdoa pada Allah agar pulihkan penyakit anak anak aku & berikan aku kekuatan & kesabaran yang tinggi dalam mengharungi dugaan hidup yang aku hadapi ketika itu...
masa itu anak anak aku baru berusia 1 tahun 6 bulan (kakak) & 8 bulan (adik)...
terlalu kecil untuk mereka menanggung penyakit yang serius macam itu...
hidup aku ketika itu sentiasa ditemani dengan air mata, siang & malam...

Alhamdulillah dalam tempoh 2 tahun kakak beransur pulih...
walau tak sepenuhnya tapi kakak tak perlu lagi di masuk kan ke hospital...
cuma sekali sekala aja bila asthma dia menyerang aku perlu bawa dia ke klinik untuk sedut gas - 'nebulizer'...
adik masih lagi kena keluar masuk hospital...
penyakit 'bronchopneumonia' dia paling teruk & agak sukar untuk dipulihkan ketika itu...
terlalu kerap menyerang...
sampaikan naik biru bibir dia bila penyakit tu attack...
di penghujung tahun yang ke 2 itu...
adik sekali lagi terpaksa kena tahan di wad...
aku minta kebenaran pada doktor untuk merawat adik di rumah saja...
apa lagi melenting lah doktor...
macam macam senario yang negatif doktor tu dok war war kan...
aku hanya pekak kan telinga kerana waktu itu aku betul betul dah nekad untuk merawat adik di rumah saja...
aku sedar risiko yang perlu aku tanggung jika aku gagal rawat adik dirumah...
aku mampu buat apa yang doktor fisioterapi biasa buat kat adik...
aku dah tak sanggup tengok adik melalak meronta bila tiap kali doktor sedut kahak dia...
terseksa aja aku tengok diri dia...
aku pun tak tau dari mana aku dapat keberanian waktu itu untuk melawan cakap doktor...
"doktor Aiman Faris tu anak saya...sakit dia saya boleh rasa...saya emak dia saya tahu macam mana nak rawat dia dirumah nanti...macam ni lah doktor...bagi saya tempoh 4 hari saya rawat anak saya kat rumah...selepas 4 hari saya bawak anak saya ni datang buat check up...saya berani bagi jaminan yang anak saya akan pulih...tolong lah doktor...saya betul betul tak mampu dah nak tanggung kos rawatan dalam hospital ni...4 hari aja doktor..." waktu tu aku tak sedar pun air mata aku mengalir setitik demi setitik...
doktor tu (Doktor Syed Nazir nama nya) terdiam bila dengar kesungguhan kata kata ku disamping melihat air mata aku yang menitis itu...
akhir nya doktor Syed mengalah dan membenarkan aku merawat adik dirumah dengan syarat aku kena ikut segala aturan rawatan yang dia senaraikan...
alat 'nebulizer' tu doktor Syed bagi 2 pilihan...
1. sewa hospital punya, yang mana kos dia lebih kurang macam anak aku kena rawat kat hospital tu, atau
2. beli di farmasi dengan harga dia RM300++ dan bole simpan sampai bila bila...
dua dua pilihan yang doktor sarankan tu aku tak mampu ketika itu...

aku pula waktu tu dengan confiden kata aku bole pinjam dengan kawan kawan yang ada mesin tu...
aduss dekat siapa aja aku nak mintak mesin 'nebulizer' ni...ketika itu aku hanya berserah pada Allah agar dapat memberi aku petunjuk untuk mendapatkan mesin 'nebulizer' tu...

"baik lah sebelum balik kita bagi Aiman nebulizer dulu, lepas itu awak boleh pergi kaunter ubat untuk ambil bekalan ubat selama 4 hari...ingat hari yang ke 5 awak kena bawak Aiman untuk checkup...ingat tu," pesan doktor Syed...

"baik lah doktor...saya tahu & saya akan pastikan saya tak akan gagal dalam merawat anak saya sendiri..." kata aku sungguh sungguh.

dalam perjalan balik ke rumah dari hospital aku call mak aku tanya siapa ada mesin 'nebulizer' tu...
"tak tahu lah mak sapa yang ada...beli aja lah kan senang..."
"mak Izan dah tak de duit mak nak beli mesin tu...duit ubat tadi pun kena dalam RM500 lebih..."
"laki awak kan ada...suruh lah dia belikan...tu kan anak dia jugak yang nak guna mesin tu...tak pun pinjam aja duit mak ngan abah..."
"tak pe lah mak...tak payah susah susah...kan duit mak ngan abah nak guna untuk renovate rumah kat Bangi tu...mmm Izan cuba tanya kawan kawan Izan lah yer mak...kot kot diaorang ada mesin tu..."
"suka hati lah...tu jangan nak menyinggah mana mana...terus balik rumah...anak tu dah lah tak sihat," agak keras suara mak aku waktu tu...
"yer lah mak...Izan on the way balik ni..."

sampai aja rumah aku terus call Amirah...jawapan yang aku terima pun sama...dia pun tak tahu siapa kawan kawan yang ada mesin tu...lalu aku call Ina pulak...Ina suruh aku call Wadi sebab anak anak Wadi pun selalu kena asthma..."mesti abang Wadi ade tu kak Izan...cuba lah tanya dia yer..."
"baik lah Ina...terima kasih yer..."
"sama sama kak Izan...Ina akan bantu kak Izan setakat yang Ina mampu..." sekali lagi air mata aku menitis...
aku call Wadi tanya kan mesin tu...syukur alhamdulillah Wadi memang ada mesin tu...
"malam nanti Wadi hantar kat rumah Izan yer..."
"eh tak pe lah...susah susah pulak nak hantar kat rumah malam malam ni...Wadi bawak aje mesin tu esok ke ofis nanti Izan ambik la...jauh tu Wadi nak datang PJ dari Batu Cave..."
"untuk Izan kalau kena hantar mesin tu ke Ipoh malam ni pun Wadi sanggup..." aduss mamat ni memang angau tau...ok lah tak payah citer lebih lah pasal mamat ni...

apa pun SYUKUR ALHAMDULILLAH malam itu juga aku dapat mesin 'nebulizer' tu dari Wadi & kebetulan juga waktu itu anak dia tak perlukan lagi mesin tu...
berkat kesungguhan & nekad aku untuk merawat adik di rumah telah dipermudahkan oleh Allah...

setiap malam dalam tempoh 4 hari itu aku tak tidur...sedangkan orang lain dapat tidur dengan lena & keesokan hari nya aku tetap kena bekerja kerana cuti aku untuk tahun itu dah habis aku gunakan untuk menjaga anak anak semasa di hospital...
nak ambik cuti tanpa gaji...duit aku dah banyak habis...perlukan duit untuk keperluan anak anak...
tak kan nak harapkan duit mak ngan abah pulak kan...
jadi aku kena bertahan...kuat diri...

setiap kali sebelum pergi kerja aku akan tinggalkan senarai turutan ubat pada mak aku supaya senang mak aku nak bagi 'nebulizer' pada adik mengikut jam yang di tentukan...

pada hari ke 3 adik dirawat di rumah...alhamdulillah keadaan nya semakin pulih...
adik dah mula minum susu...tidur pun dah lena...
dah boleh gelak...dah bole berlari bermain dengan kakak...
tenang nya hati aku ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu...

pada petang hari yang ke 4 tempoh rawatan...
habis aja waktu kerja aku bergegas balik...
persiapkan diri aku & adik untuk bawa adik berjumpa doktor Syed...
walaupun aku tahu sepatutnya ke esok kan hari nya aku kena bawa adik pergi jumpa doktor Syed...
tapi aku tak sabar nak buktikan pada doktor Syed yang aku dah berjaya merawat anak aku sendiri...
doktor Syed 'salute' aku sebaik saja dia buat pemeriksaan keatas anak aku itu...
di hulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan aku...
aku membalas nya...dia mengongcang tangan aku sekuat kuatnya(aduii nak tercabut rasanya tangan ni...) sambil menepuk bahu aku...
"you are a great mother...your baby is so lucky to have a mother like you...awak dah membuktikan pada saya bahawa kasih sayang sejati dari seorang ibu adalah penawar bagi segala penyakit...saya bangga dengan awak...awak juga telah membuktikan pada saya yang awak mampu menjaga anak awak dengan baik sekali."
pujian dari doktor Syed itu aku jadikan semangat untuk aku lebih bangkit dalam dunia kegelapan yang aku alami ketika itu...

dalam pada kepayahan aku mengorbankan masa & tenaga aku...
di manakah dia waktu itu...dia sering memberi alasan sibuk dengan kerja & bekerja lebih masa untuk mencari duit lebih...habuk pun tak dak lah...
malas aku nak fikir dengan siapa dia habis kan masa dia...betul betul ke dia kerja lebih masa...???

aku sering terfikir mampukah dia melakukan seperti mana yang telah aku lakukan terhadap anak anak & menyediakan segala keperluan keluarga...
pelik kan...dia sebagai ketua keluarga sepatutnya itu tanggungjawab dia untuk sediakan keperluan keluarga & jaga kebajikan anak anak...tapi semua tu di letakakan di atas bahu aku...KENAPA!!?

aku tak pernah minta harta benda & kemewahan...
kalau aku perlukan itu semua...dah lama aku terima lamaran dari orang Brunei (kenalan semasa di kolej)...
tapi aku tak nak...aku tak perlu itu semua...
apa yang aku perlukan hanya kasih sayang, kejujuran & bimbingan agama...
itu saja...susah ke nak bagi 3 pekara tu...

tahun ke 6 ulangtahun perkahwinan kami iaitu pada 2007...
demi anak anak aku gagahkan diri untuk bangkit semula...
walau beberapa kali aku jatuh  & aku bangkit...kemudian jatuh lagi...
akhir nya aku belajar untuk perlahan lahan bangkit dengan mula merangkak...
kemudian aku bertatih...
dan akhirnya aku mampu untuk berdiri teguh, berjalan & berlari...
pada masa itulah kegelapan itu sedikit demi sedikit hilang dalam hidup aku & cahaya mula meneranggi jiwa aku...
tapi ujian & dugaan hidup aku masih lagi aku kena harungi seorang diri...

kali ini dia yang bernama sang suami telah mengatur langkah untuk memburukkan nama baik aku & keluarga aku...
kerana dia mula merasa tergugat dengan kecekalan aku mengharungi rintangan hidup...
serta mampu menanggung segala galanya seorang diri...
dia telah menuduh aku ada skandal dengan lelaki lain & telah melakukan zina di belakang dia...
Subhanaallah...demi Allah aku tak sanggup untuk melakukan pekara terkutuk itu...
demi anak anak juga aku tak sanggup untuk melakukan pekara itu...

seorang lelaki yang telah mengkhianati seorang isteri yang amat setia & terlalu percaya pada dia...
telah menuduh aku melakukan pekara terkutuk semata mata dia takut dengan bayang bayang dia sendiri...
demi untuk membuktikan aku tidak melakukan pekara terkutuk itu...
aku telah bersumpah dengan sebuah al-quran ditangan aku...
"Izan bersumpah dengan nama Allah & al-quran ditangan izan ini yang Izan tak pernah melakukan zina dengan mana mana lelaki...Izan selama ini setia & taat pada abang...kalau Izan bercakap bohong Tuhan akan tunjukkan buktinya pada abang...bila Izan keluar rumah kejap lagi Izan akan di panah petir..." mengalir deras air mata aku tanpa dapat aku tahan nya dari terus mengalir...
sang suami terus peluk aku & tak sudah sudah berkata "cukup lah Izan abang percaya cakap Izan..."
masa dia peluk aku...dapat aku rasakan yang tubuh badan dia mengeletar...
kenapa perlu dia pulak yang mengeletar...
patutnya aku yang rasa takut...sebab beria ia sangat bersumpah...
yer lah kan...kalau kita tak bersalah buat apa nak takut...
Allah itu maha mengetahui...

aku sangka kan saat itu dia akan berubah...
sangkaan aku meleset sama sekali...
dia tetap dengan perangai dia...
susah sangat lah dia nak berubah...

di saat itu lah pintu hati aku tertutup rapat untuk dia & mana mana lelaki pun (aku anti sangat dengan lelaki)...
hidup aku waktu itu banyak aku habiskan untuk anak anak & kerjaya aku...
aku tak ada masa untuk bersosial dengan kawan kawan rapat ku...
member member ofis ajak pergi minum lepas kerja pun aku terpaksa tolak tawaran diorang...
bagi aku...aku perlu sentiasa ada bersama anak anak...
pagi sebelum ke tempat kerja aku siapkan keperluan anak anak & tinggalkan mereka berdua dengan mak & abah aku...
syukur lah mak & abah sudi nak jaga anak anak aku...
habis kerja kalau tak ada apa apa yang urgent atau nak kejar dateline aku akan terus balik rumah untuk bersama dengan anak anak...
kadang kadang tu aku sengaja kerja lebih masa untuk dapat extra income...
ALHAMDULILLAH aku dapat buat saving untuk anak anak, walau tak besar nilainya...

pada tahun 2008 aku mintak dia lepas kan aku...
dia dengan tegas menyatakan yang dia tak akan lepas kan aku sampai bila bila...
untuk apa hidup ada ikatan kalau dah tak ada persefahaman...
setiap hari nak bertengkar aja...
keperluan anak anak dah tak mampu nak tanggung...
untuk apa lagi dia bergelar suami & bapa pada anak anak...

sejak itu aku bernekad untuk ikut mak & abah aku berpindah dari Petaling Jaya ke Bangi...
rumah yang kita orang tinggal waktu itu... iaitu rumah makcik aku (adik bongsu emak aku) yang bagi duduk kat situ...
tak bayar sewa satu sen pun duduk situ...
cuma kena bayar duit elektrik & air aja...
aku tak halau dia dari rumah tu...
terpulang pada dia nak terus duduk situ dengan menebalkan muka atau cari rumah lain...
aku tetap juga ikut mak & abah aku pindah...
biarlah orang nak kata aku isteri nusyuz ke apa waktu itu...
walaupun aku tahu waktu itu mak aku tak suka aku ikut mereka berpindah...
demi keselamatan anak anak, aku tak peduli apa mak aku nak kata pun...
disebabkan dia tak jalankan tanggungjawab dia sebagai suami...
tiada tempat tinggal disediakan...
nafkah zahir tak diberi...
kebajikan aku & anak anak tak dijaga..
aku rasa tak salah aku ikut mak ngan abah berpindah...

sekarang alhamdulillah rezeki anak anak tak putus putus...
selagi aku mampu berdiri...menggerakan kedua tangan & kaki ku ini...
segala keperluan kakak & adik aku mampu sediakan sendiri...
kakak & adik juga dah berhenti mengharap pada janji janji kosong yang sering diorang dapat...
aku selalu berpesan pada mereka berdua...
"jangan biasakan diri hidup bergantung harap pada orang lain, usaha sendiri lagi bagus & ingat Allah sentiasa ada bersama kita...minta lah bantuan dari Dia, itu yang sebaik baiknya."

mujurlah kakak & adik tak banyak ragam...
nakal tu biasalah budak budak kan...

Hari ini genap 11 tahun usia perkahwinan aku & si suami...
dan dah hampir 4 tahun aku hidup berpisah dengan dia...

-izzan-

Comments

Popular Posts