Nasib ku 2012

apa nak jadi dengan diri aku ini...
kenapa aku tak kuat...
kenapa aku senang menyerah...
kenapa aku merelakan sedangkan aku boleh mengelak...
semua persoalan ini sapa yang mampu nak menjawab...aku sendiri tak ada jawapan nye...

kekecewaan dengan pekara lalu tak sempat lenyap lagi...
kini datang pulak kekecewaan yang baru...apa semua ni...
kenapa aku di uji sebegini rupa...aku penat...bosan...marah dengan diri sendiri...
sampai bila aku harus menempoh semua ni...

yes aku akui aku memang suka dia tapi tak bermakna aku kena menyerah semua takdir pada apa yang telah berlaku...
dia yang aku cari 2 tahun dulu...kini aku jumpa...bersua muka...memang aku suka...
cuma selepas tahu status diri dia aku cuba tidak terlalu berhubung dengan dia...
tapi kenapa kini dia semakin memberi ruang pada aku untuk terus rapat dengan dia...
selepas apa yang berlaku semalam aku mula tertanya tanya kembali apa maksud mimpi aku 2 tahun dulu yang meminta aku mencari dia...
apa semua ni Ya Allah...
semakin hari semakin banyak dosa dosa yang aku tanggung...ada kah nanti keampunan buat diri ku, Ya Allah...

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung,” – Surah Ali-Imran; 200.

 yer aku sabar bila kena marah...aku sabar bila aku dituduh melalkukan pekara yang aku tidak laku kan...
aku sabar bila dicemuh orang, diejek...aku sabar bila orang menindas aku...
bohong la kalau aku kata aku tak marah pada pekara pekara tu semua...aku marah tapi aku tak pandai nak meluahkan kemarahan aku...hanya raut wajah aku yang mampu memberi riaksi marah ku...
aku lebih selesa berdiam diri...

cuma satu yang aku tak mampu nak sabar...
iaitu sabar pada godaan syaitan...aku jadi lemah...jiwa aku kosong...
aku rasa dipinggirkan...tidak diterima sepenuhnya dalam keluarga...

aku sakit...aku terpaksa rahsiakan penderitaan aku dari keluarga ku...
kerana aku dah tak sanggup nak dengar perkataan "suka lah menyusahkan orang..."
aku tak pernah berniat nak menyusahkan orang...aku tak mengharap orang lain susah kerana aku...
aku sedar aku hanya menumpang...
aku yang buat aku yang tanggung sendiri...
aku mula kan aku jugak yang akan tamat kan...

YA ALLAH....ALLAHHUAKBAR...

di samping kesulitan...
aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakan aku sahabat...
sahabat yang sanggup membantu dikala aku dalam kesusahan & sama merasa penderitaan aku...
pada meraka ini lah tempat aku mengadu, minta nasihat & berkongsi rahsia...
persahabatan yang sentiasa aku doakan berkekalan sehingga akhir hayat...

Ya Allah Kau ampunkan lah dosa dosa ku...berikan la aku petunjuk & hidayah agar aku dapat berada dekat disisi Mu.
Amin...

*peace*
     =I


Comments

Popular Posts