Hari Cuti ku @ Santai Di Rumah.

hari ini Izan cuti cuti yeehuuu...
dapat lah rehat lama sikit kan...

ada sebab Izan cuti hari ni...
no no no...bukan cuti sebab nak tolong Sami Vellu buat persiapan rumah terbuka esok ek...
=P

Izan cuti sebab nak ambil report card anak bujang (darjah 2) Izan...
dari ambil setengah hari cuti baik ambil full day cuti kan...
lagi pun Izan ada 16 hari lagi cuti yang tak berusik...
dan Izan ada 28 hari lagi untuk bekerja...huhuhu
lepas ni Izan dah tak kerja lagi kat Mid Valley tu...
ada sapa sapa nak offer Izan kerja tak... =P
(hehehe...gurau aje)

ok lah pasal keputusan ujian akhir tahun anak Izan tu...
keputusan nya tidak seperti yang Izan harap kan...
walaupun markah setiap subjek dia 90 keatas...
kedudukan dia didalam kelas tetap menurun...
huhuhu...harap terus kekal di kelas pertama...

dalam pada kecewa dengan keputusan ujian anak Izan ni...
pandai lah pula guru kelas anak Izan ni ambil hati Izan...
hehehe...masa memperkenalkan diri Izan pada guru kelas...
guru kelas tu agak terkejut...
Izan pun terkejut tengok muka cikgu yang terkejut itu...
=P

guru kelas anak Izan tu tak percaya Izan ni mak kepada anak Izan...
sebab dia ingat Izan ni kakak kepada anak Izan...
hissshhh cikgu ni pun...agak agak lah kot yer pun...
Izan dah tua ni dia kata kakak pada murid yang berumur 8 tahun...
cikgu tu siap tanya umur Izan lagi tu...
kata cikgu tu.."nampak muda sangat, tak percaya saya puan ni mak kepada Aiman Faris..."
Izan waktu tu hanya mampu tersenyum simpul malu...ahaks
(dalam hati Izan berkata, Alhamdulillah syukur ini adalah anugerah yang Allah beri pada Izan =))

on the way balik dari sekolah anak Izan tu...
Izan tanya anak bujang Izan tu, "Maman nak beli apa apa ke...air ke makanan ke...?"
"tak nak lah mami...Maman tak nak bazir kan duit mami lagi lah..."
hmmmm....dia tau Izan kecewa dengan keputusan ujian dia...mungkin sebab itu dia cuba nak ambil hati Izan kot...
"betul ni Maman tak nak apa apa...mami nak pergi kedai ni..."
"betul lah mami...lepas ni kan mami dah tak kerja...so Maman tak nak lah mintak apa apa dari mami..."
Alhamdulillah....sejuk perut mami ni...hehehe

ok lah sekarang ni pun dah kul 5 petang...
sat lagi masa untuk Izan ambil kakak pula kat sekolah agama...
hati Izan tenang bila Izan sentiasa dekat dengan anak anak...
walau nakal macam mana diorang berdua ni...
Izan tetap rasa tenang bila setiap pergerakan diaorang berlaku di depan mata Izan sendiri...
so lepas ni tak payah lah nak dengar complaints yang membukit tentang anak Izan lagi...
Izan sendiri yang akan monitor pergerakan diorang...

Salam petang Jumaat semua...
=)

-izzan-

Comments

Post a Comment

Popular Posts