Siapa Sebenarnya Urus Harta Pusaka Bila Kita Meninggal?
Ada satu soalan yang jarang kita tanya secara jujur — bukan sebab kita tak peduli, tapi sebab kita tak selesa memikirkannya. “Kalau aku meninggal esok… siapa sebenarnya yang akan urus semua ni?” Bukan siapa yang dapat harta . Tapi siapa yang urus harta . Dua perkara itu sangat berbeza, tapi sering disangka sama. Ramai Ingat, Waris Akan Terus Urus Kebanyakan orang membayangkan prosesnya mudah: “Bila mati nanti, anak-anak atau pasangan akan uruskan.” Hakikatnya, waris tidak automatik boleh mengurus harta pusaka. Nama mereka mungkin waris faraid, tetapi dari sudut undang-undang dan pentadbiran, tiada siapa boleh bertindak selagi tiada pihak yang diberi kuasa rasmi. Di sinilah ramai keluarga mula rasa keliru, tertekan, dan akhirnya bertelagah— bukan kerana tamak, tetapi kerana tiada siapa yang tahu siapa patut buat apa . Kalau nak faham lebih jelas kesannya, anda boleh baca artikel ini: 👉 Apa Jadi Kalau Mati Tak Buat Wasiat? Bezakan Dua Peranan Ini Dulu Untuk muda...