Salam Maal Hijrah 1433hijriah
Ingat lagi masa sekolah dulu tiap2 tahun Nasyid mesti nyanyi lagu Maal Hijrah ni. Enjoy sangat bila nyanyikan lagu ni....jom kita dengar sejenak lagu ni.... Skang jom kita imbas kembali peristiwa Maal Hijrah. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid- masjid di seluruh negeri. KISAH HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda meneri...