Rambutan.....

Kenapa plak tiba2 nak tulis pasal rambutan ek!!!

Hehehehe....oh lupa plak, tadi aku makan rambutan.
Rambutan kuning. Sedaaaaaap......
Masa aku ambik 1 tangkai rambutan tuh alih2 ada sebijik rambutan yang berwarna merah.
Dalam 1 tangkai tu ade 4 biji rambutan berwarna kuning & 1 biji berwarna merah.
Bila di makan kedua2 isi nya rasa sama aje.....MANIIIISSSSS....
Cuma yang beza buah kuning tu lekang & buah merah tak lekang.
Ape2 pun memang best la buah rambutan pemberian jiran yang di tanam nya sendiri.

Buah rambutan ni dah macam kehidupan aku pula....hmmm.
Bukan hanya mainan perasaan aje. Tapi inilah realiti nya kehidupan.

Rasanya dah 2 minggu berturut2 aku dpt "sign" yang ingin memberitahu sesuatu pada aku.
Minggu lepas masa di kedai buku dekat PKNS Bangi.
Sebuah buku bertajuk 'U-TURN Ke Jalan Lurus'....tiba2 jatuh di depan ku.


Woooo mujur lah tak melatah hehehe....buat malu je nanti. Tapi masa tu penggunjung x ramai ada la dalam 3-4 orang termasuk diri ku ini.dah kemudian2 baru la nampak ramai yang masuk kedai buku tu. Masa buku tu jatuh jantung dah rasa nak tercabut je, bulu roma dh naik semua nya. Eeeeee gerun gak aah suasana masa tu.  Lama gak lah aku tenung buku yang dah terjatuh kat lantai tu. Tertanya2 sendiri macam mana bole jatuh buku tu. Nak kata buku tu aku terlanggar, memang tak la coz masa buku tu jatuh aku berdiri betul2 di depan buku itu. Nak pulak kata ada orang yang tolak buku tu dari arah bertentangan aku, memang tak ade orang pun kat situ. Buku tu aku kena beli & baca ke? Terbantut niat asal aku nak mencari buku kraftangan.
Akhirnya aku angkat jugak buku tu & belek belakang buku tu tuk baca isi kandungan buku itu. (tapi tak beli pun......)

Tajuk : U-Turn Ke Jalan Lurus
Pengarang : Zul Ramli M. Razali
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn Bhd
Mukasurat : 232 Halaman
Harga : RM 22.00

Mencungkil rahsia di sebalik kitab himpunan Hadis Qudsi karangan Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah. Buku ini menterjemahkan mutiara peninggalan Rasul itu dengan yang menarik untuk dijadikan wake-up call menggabungkan unsur psikologi dan budaya beragama dalam bentuk penceritaan, nukilan dan kisah serta peringatan kepada mereka yang kadang-kala alpa tentang agama. Kealpaan yang mengheret kita ke jalan yang 'mungkin' lurus tetapi sebenarnya tidak betul!
Kadang-kala perkara yang sering berlaku di persekitaran kita, sebenarnya terkandung seribu satu pengajaran bagi mereka yang benar-benar berfikir. Benarlah kalam-kalam Allah di dalam al-Qur’an:

Surah Ali Imran ayat 190-191 bermaksud:‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.’

Surah ar-Ra’d ayat 3 bermaksud:‘Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.’


Untuk pengetahuan semua, suara Ustaz Zul Ramli ini sering berkumandang di radio IKIM.fm bagi rancangan Durul Hikmah (Tahsin as-Solah: Falsafah dan Dinamika Solat).

Hmmmmmmmm.......nampak nya aku memang kena beli buku tu. Rasa nya tak sanggup aku tunggu "sign" yang ke tiga. Entah apa plak pekara2 yang pelik akan terjadi. Aku harus mencari jawapan dalan buku itu dalam menyelesaikan kemelut yang melanda diri aku skang ini.

Ya Allah sesungguh nya hamba Mu ini dalam kealpaan. Beri la hamba Mu ini pedoman. Amin.......

* ~_^ *

Comments

Popular Posts