Segalanya Pasti....I Found The Answer.....

Segala persoalan ku selama setahun kini telah pun terjawab. Alhamdulillah hasil nye dari usaha ku sendiri. Bangga juga pada diri ku, at least dapat tolong diri sediri tanpa perlu pertolongan or nasihat orang lain. Aku telah mengajar diri ku untuk berusaha sendiri dalam mencari jawapan pada sesuatu persoalan dalam hidup ku ini. Mmmmmm....tak pasal2 aku tejumpa plak music ni. Best gak melody dia, "very calm....". Sila kan la menjamu irama music ini yer. =)


Segala yang telah berlaku pada hari itu aku terima semua nye dengan hati terbuka. Tidak pula aku merasa sedih atau kecewa dengan jawapan yang telah aku ketemui. Aku gembira, gembira kerana ape yang aku lihat denagn mata ku & mata hati ku, jiwa itu sedang gembira.

Terkadang aku rasa kenapa diri ku sendiri tak bole mengecapi kebahagian sediri. Kenapa aku bahagia hanya bila lihat sekeliling ku bahagia? Tuhan mungkin ingin aku belajar sesuatu dari sekelilingku, tapi mungkin juga aku tak mampu untuk melihat & menilai nye sendiri.

Melihat keserasian jiwa itu, buat aku kagum. Sukar rasa nye aku nak gambarkan dalam blog ni.


Pada tika & saat bermulanya perjalanan aku untuk menemukan jawapan pada persoalan hati ku ini, jantung ku bagai berdegup kencang. Walau berkali aku menarik nafas ku panjang2 & kemudian hembus perlahan2, tapi tetap begitu juga. Aku sebenar nye tidak la merancang betul2 perjalanan aku pagi tu, cuma aku banyak berserah pada Nya untuk aku cekalkan diriku ini. Pernah gagal beberapa kali, tak kan lah selama nye nak gagal kan? Denagan langkah (Bismillah ir-Rahman ir-Rahim) aku menembusi perjalanan yang agak jauh & berliku-liku. Aku cuba tenang memandu kereta ibu ku dengan kelajuan 100 - 120/km...hehehehe, tak laju la kan???? Sepanjang perjalanan itu aku berdoa & berdoa pada Tuhan agar perjalanan aku dirahmati & dilindungi. الحمد لله (Alhamdulillah) aku sampai dengan selamat nye.


Pada saat2 aku hampir ketemui jawapan itu dada aku makin berdegup kencang. 'Ya Allah Kau tabahkan la hati hamba Mu ini.....' Hanya itu yang termampu aku ucapkan. Melihat pada sambutan senyuman ikhlas jiwa itu buat degupan jantung aku kembali normal. Hmmmm....ternyata ia bukan seperti yang aku sangka kan. Apa2 pun aku suka & amat suka melihat apa yang ade didepan mata ku itu. Keriangan....keakraban cukup tepancar......


Dari situ aku selami kehidupan sebenar. Setiap insan yang lahir di dunia ini, ade kekurangan dalam diri. Sama ade nyata atau sebalik nye.Sesungguh nye Tuhan itu Maha Adil, maka dengan kekurangan itu Tuhan berikan kelebihan dalam diri kita. Aku cuba mengambil kembali kekurangan yang selama ini aku tolak ke tepi. Cuba memperbaikinye, tapi......
....MAAF, sesungguh nye MAAF yang dapat aku ungkapkan bahawa aku tak dapat untuk menerima jiwa yang satu itu kembali. Puas sudah aku cuba untuk mencari jalan agar aku dapat melupakan yang silam & bina yang baru. Makin aku cuba membuang yang silam makin sakit & terluka hati aku ini.


Jiwa yang kosong tetap & masih jua kosong. Sampai bila aku harus untuk terus hidup begini ? Tiada sokongan padu yang aku dapat dari mereka2 yang sepatut nye memberi aku sokongan. Bukan niat dihati untuk meminta-minta, tapi setidak-tidak nye jangan la membebankan lagi bebanan yang aku tanggung selama ini. Jangan sampai diri ini menjauhkan 'or' mengasingkan diri. Tidak kupinta semua ini terjadi......

Walau kosong jiwa ini, tapi setidak nye ade juga setitis senyuman manis dalam diri ku ini. Hanya dengan setitis senyuman inilah mampu buat diri ku untuk bergaul dengan orang. Pergaulan yang berbatas OK!!!! Aku berjanji pada diriku & juga orang2 yang aku sayang & yang menyayangi aku bahawa aku akan bangkit untuk memajukan diri ku ini. TAPI......TETAPI TOLOoooooNGLAH jangan jadi 'jari telunjuk' ku, biar la aku tentukan arah hidup ku. Sesungguh nye Tuhan telah mencipta kan aku cukup sifat & anggota badan.....tak perlu untuk aku meminjam anggota orang lain untuk aku mencari arah tuju hidup ku. Manusia memang tak pernah puas dengan ape yang mereka miliki, tetapi cukup memahami untuk bersyukur atas pemberian Allah swt.........the end. :~)

YEAH!!!!!...kembali terhasil penulisan ku....lama jugak tak berkarya, nampak nye kena la selalu pegi vacation, dapat ilham tuk berkarya.

*peace ;~)*

Comments

Post a Comment

Popular Posts