Malam yang Gelisah.

gheee...bkn malam yang gelisah, tapi izan yang gelisah...suasana malam ni tenang aje...hmmm tak tenang kot sebab jerebu kuat kat luar tu...sakit hidung & pedih mata dibuatnya...

kenapa gelisah...?
1. dapat tahu pasal masalah      dalam perut ni. kalau betul lah apa yang diberi tahu...eeee tak baiknya doktor tu buat macam tu. bukan kah tugas seorang doktor tu untuk membantu pesakit memulihkan penyakit, bukannya menambahkan penyakit & masalah. inilah balasan dari Allah swt kot...

2. ketemui jawapan dari mimpi tempoh hari. apa pun yang cuba disampaikan, diri ini tak boleh terima. kenapa pilih izan, kan ramai lagi yang ada. kenapa pilih izan yang banyak kekurangan. maaf izan tak boleh terima.

3. macam mane boleh lupa yang jin pun boleh & fasih membaca ayat Kursi. terima kasih mengingatkan izan. takut juga berkawan dengan orang yang berilmu tinggi ni. apa yang dirasa, apa yang dilakukan & apa yang berdetik dalam hati pun boleh tahu. tak tak izan tak kan lari. lagi pun nak lari ke mane. izan bukannya kuat macam dulu.

terima kasih sudi berkongsi apa yang tahu. tiba tiba rasa takut pulak nak tidur malam ni...

tenanglah minda, tenanglah jiwa
harus terus bertenaga, esok kena temankan boss ke site jua.

alamak lupa nak bagi tahu Ina esok tak dapat pergi Achidex...hari Khamis atau Jumaat baru dapat pergi kot. hmmm nak message sekarang kang menganggu lah pulak. dulu masa anak dara boleh lah kan nak bermessage sampai pukul 1 - 2 pagi. sekarang ni tak boleh dah, kang bersilat lah pulak cik abang kat sebelah tu...hehehe.

boss ni pun lah kan, tiba tiba nak pergi site nak berteman lah pulak. selalu tu pergi site sorang sorang aje.

ok lah, jam pun dah menunjukan pukul 12 tengah malam. lelaplah mata, kosonglah minda, agar dapat tidur lena.

selamat malam, semoga esok kita masih bernyawa & sihat sejahtera hendaknya.

salam
-izzan-

Comments

Popular Posts