Kenapa Ini Terjadi...?



Di suatu pagi, bertempat di sebuah Office Consultant yang terletak di Northpoint, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Aireen Izwani Shafie seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai perunding rekaan dalaman. Aireen atau lebih mesra dengan panggilan Iz adalah seorang yang ceria, tapi banyak memendam rasa. Pagi itu Iz hanya seorang diri di dalam pejabatnya; manager dia Pak Nik mengambil cuti seminggu sebab isteri dia baru melahirkan anak yang kelima, sementara ‘big boss’ Iz pula ada meeting di pejabat ‘client’ di Bangsar. Iz benar benar rasa bosan duduk dalam pejabatnya itu sorang sorang. Nak lagi masalah kemurungan yang dialaminya sejak dua menjak ni buat dia rasa stress sangat bila tak ada orang nak diajak bersembang. Pasang lagu kuat kuat pun seperti tidak mendengar apa apa lagu pun yang dimainkan. Tiba tiba dia teringat kat abang kesayangan dia, Farish Hizad Haslam. Apa lagi cepat cepat lah dia buka gmail chat dia. Bagaikan pucuk dicinta ulam mendatang. Abang Ijad tengah online tu, kata Iz didalam hati.

Iz : salam abg ijad..
Ijad : Wslm…Izwaniii..
(suka noh che abang ni kita msg dia….lama betul tak sembang2 dgn abg sorang ni, riang betul hati Iz bila message dia dijawab Abang Ijad)
Iz : abg ijad sihat? anak2 & izah sihat?
Ijad : sihat. Kenapa? iz?
Iz : saja...lama x sembang dgn abg ijad.
Ijad : Jom ar sembang kat luar.
Iz : jom...bila?...abg ijad ade masa ke nk jumpa iz =) kn abg ijad skarang makin glamor.
(hahaha…susah juga ada abang dikalangan artis ni…nak jumpa pun kena tunggu betul2 free atau tak de job recording baru bole jumpa)
Ijad : Amboi..mulut suka-suka je ye cakap abg makin glam..Abg glamer lepas raya..hu..hu..
(aik…glamer lepas raya…? Dia dah terima tawaran berlakon tu ke…sumber tu pun tahu dalam FB…)
Iz : bkn mulut yg ckp...tgn ni yg dok menaip =)
(hahaha…sekali sekala loya buruk sikit dengan abang artis ni…)
haaa...lps raya berlakon ek...dgn pengarah mane?
Ijad : Pengarah Aireen Izwani Shafie …huhuhu
Iz : poyooooo…ckp lah betul2...abg ijad ni main2 plak
Ijad : smlm baru lepas jumpa director. Dapat offer jadi host 13 episode dokumentari. Woohoo…
Jgn mention kt fb lg tau…Tapi rakaman awal tahun dpn.
Iz : iz dah jarang masuk fb...no worries la yer...
waaaaah!!!! abg ku sorg ni akan jd host…terbaek aaaarrrhh bro…=D
Ijad : Adik sayang ku sorang ni.. Rindu la pulak…bulan2 posa ni cepat beno rindu merindu ni
(heeey rindu yer…tiba-tiba tersipu sipu malu sendiri Iz tu dibuat nyer…hep!!! Tiba tiba hati Iz bersuara… laki orang tu…ingat sikit)
Perut iz dah ok blm?
(hmmm macam tau2 je orang cari dia pasal hal ni…huhuhu tiba2 rasa sayup dalam hati)
Iz : kalau orang ckp jgn marah yer…blum lg...tu yg nk jumpa abg ijad mintak pdpt…need shoulder to cry on sebenarnya…bila bole jumpa yer....
Ijad : Nak jmpa hari ni?
Iz : hari ni...? abg ijad x sibuk ke?
Ijad : Abg tak sibuk. Cuma duit takde je...Hahaha. tu yg membataskan pergerakan…Kalau nak jmpa iz, ok jer. Nak jmpa kul berapa? apa kata iz pergi hospital…Check
Iz : ye ke...kesian la plak kt abg ku cayang sorg ni...=P
      hari ni iz rasa x bole...sbb iz pun x sihat sgt... kalau hari rabu bole?
Ijad : Kalau boleh pergi je hospital…Soonest possible
Iz : iz mmg nk pergi checkup tp tu lah kn simpanan iz pun bkn byk sgt...iz dpt rasakn mcm ada tak kena je dlm perut ni... sbb asyik mgeras je...mkn sikit pun dh rasa kenyang sgt
Ijad : Simpanan tolak tepi.. Pegi je dulu. Duit takde nanti minta boss byr. Dia akan byr.
Iz : bole ke mcm tu...?
(hish abg Ijad ni…macam ada skandal aja dengan boss orang…eeee tak kan dah jadi gay jugak abang orang ni…ASTAGHFIRULLAHALADZIM…apa kesitu dipikir nyer, Iz terus menampar kepala dia sendiri suapaya sedar dari terus berfikiran negative terhadap abangnya itu)
insyaallah lps raya ni iz pergi..dh buat appointment pun…cuma iz takut je nak tau keputusan nyer nnt...
sbnr nya iz ni fobia dgn hospital...hahaha…tu yg btangguh2
Ijad : Pergi jer. Nak tunggu apa lg.. Tak yah takut.. Nak tengok anak2 iz nangis hilang mumi diorg ke… Dah la anak2 iz comel…Apahal apptment lama sangat lepas raya.
Iz : izan yg mintak lps raya...

Ijad : bole pegi hospital swasta tak?
Iz : iz mmg pergi hospital swasta...x confident dgn hospital kerajaan ni…
Ijad : Blh pergi hari ni tak?
Iz : hari ni x bole lah...sat g kul 2 iz nk kena pergi site…lg pun bln posa ni time nk jumpa doktor limited sgt.
Ijad : Ptg kan boleh pegi. Dah Kalau tak nak pergi hari ni, abg tak nak date ngan iz.
         werrkkk!
(ek eleh..tiba 2 terbayang cerita 3 Abdul masa part berdamai, isteri isteri nyer Abdul Wahab & Abdul Wahid memujuk untuk bebaik baik semula…hehehe)
Iz : abg ijaaaaaaad...apa ni...iz bole btahan lg lar...
Ijad : Time bole brtahan ni la kena pegi spital. Jangan degil. Cukup-cukup la degil tu. Ingat anak2 iz yang perlukan iz tu..Abg pun perlukan iz jugak..Heheh
(berdebar aja hati Iz itu bila Abang Ijad bagi tahu yang dia perlukan Iz…eeehh tak kot…ni mesti Abang Ijad buat ayat pancing je ni, detik hati Iz)
Iz : eeewaah...perlu apa abg ijad dgn iz...iz bkn degil lah...
Ijad : Pergi jer…
Iz : lepas raya lar…iz janji...raya ke5 iz trus pergi jumpa doktor...yer. Klau iz pergi sekarang...nnt masa raya iz kemurungan...x best la mcm tu kan...raya nak happy2…
Ijad : sempat ke nak sambut raya ke 5 tu?
(what??? Statement apa abang sorang ni bagi…adusss hancur berkecai rasa nyer semangat yang cuba dibina dalam diri…bagi lah semangat kot yer pun, berkata lagi Iz dalam hatinya)
Iz : abg ijad doakan iz mati cpt yer...rasa sempat je kot sambut raya ke5...
(tiba tiba dada Iz rasa sebak)
Ijad : Ingatkan je…huhuhu (ingatkan ke nak takut kan orang…kata Iz lagi dalam hati)
Iz : terima kasih mengingatkan yer...insyaallah sempat la kot...dan rasa nya sempat iz nk tgk abg ijad jd host kt tv tu... =P saluran tv mne ek?
Ijad : Astro. Tanah kubor. Hehehe
(berkali kali Iz membaca message yang Abang Ijad taipkan tu sebelum dia membalas message tu)
Iz : heey...main2 la abg ijad ni...tanah kubur tu bkn Nasir bilal Khan ke watak utamanya...knp Nasir Bilal Khan dh nak pencen ke? =P
Ijad : Hehehe…Bila kita nak kawin ni iz? Jengjengjeng
(haaah sudah…sekali lagi Iz rasa jantung dia berdegup kencang & rasa macam nak tecabut)
Iz : heeeey…soalan ape tu abg ijad...apa ckp mcm ni...iz x nk mganggu umahtangga abg ijad...Iz tak bole terima orang yang ada isteri ni…
(itulah perinsip hidup Iz sejak dari dulu hingga kini & selama lamanya…dalam hidup Iz tak ada istilah hidup bermadu & dia tetap berkeras dengan prinsip hidup dia itu)
Ijad : kahkahkah... Dahdahdah :-) ok pi check up tau. :-)
(chesss…dah gaharu cendana pula…saja nak kenakan orang rupanya Abang Ijad ni, geram aja Iz kat Abang Ijad tu tiba tiba)
Iz : yer lah iz pergi... tp lps raya yer…ok iz dh nk pergi site ni…abg ijad take care & miss u =* muah…salam.
Ijad : Wuuhuuuu… Ok iz. Take care.

Tersenyum aja Iz selepas habis bersembang dengan abang kesayangan dia tu. Sayang ke? Mesti lah sayangkan, orang yang dikenali di tanah suci semasa buat umrah pada penghujung tahun 1996. Masa tu Iz baru selesai menamatkan ujian STPM nya. Seminggu selepas ujian tu Iz sekeluarga pergi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kalinya. Sampai di Madinah rombongan jemaah umrah semua di bawa ke sebuah hotel yang jaraknya sangat dekat dengan Masjid Nabawi. Di hotel itulah Aireen Izwani Shafie pertama kalinya bertemu dengan Farish Hizad Haslam. Rupanya Iz sekeluarga satu package umrah dengan Abang Ijad & keluarga dia. Sampai dihotel itu ada sedikit masalah tentang tempahan bilik untuk para jemaah & masalah komunikasi diantara pihak penganjur dengan pihak hotel di Madinah tu. Ada ke patut Pak Arab, iaitu pengurus hotel tu cakap esoknya baru bole dapat bilik. Dah kat mana pula kami jemaah ni nak beristirehat & membersihkan diri. Bagi Iz waktu itu, biarlah orang lain kecoh kecoh pasal tempat tinggal tapi dia tak henti hentik mencuri pandang jejaka (Abang Ijad) yang duduk bertentangan dengan dia ketika itu. Dalam hati Iz berkata, ada hikmah rupanya semua kekecohan ini berlaku. Allah telah  menemukan dia dengan jejaka yang tanpan, lagi tinggi lampai & bagi dia peluang untuk menatap wajah jejaka itu lama lama tak akan peluang yang diberi tu dia lepaskan. Apa yang buat abang Ijad ni menarik dipandangan Iz ialah seorang jejaka yang bukan saja tanpan tapi peramah serta sifat hormat pada orang disekelilingnya, tidak kira tua mahupun muda. Diwajahnya sedikit pun tidak kelihat sifat riak & bangga diri. Iz dah mula terpikat dengan Abang Ijad.Siapa yang tak terpikat ooo. Minah arab pun boleh tergoda dengan ketanpanan & keramahan abang Ijad tu.

Itu cerita waktu dia mengerjakan umrah. Balik dari umrah Abang Ijad ada bertandang ke rumah semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 1997. Sesungguhnya Iz lah orang yang paling gembira hari itu. Selepas Iz melanjutkan pelajarannya dikolej, dia terus terputus hubungan dengan Abang Ijad iaitu pada tahun 1998. Tiada lagi khabar berita dari Abang Ijad, tapi bagi Iz dia tak kan lupakan Abang Ijad.

Kini hari berganti hari, bulan berganti bulan & tahun berganti tahun, alih alih pada tahun 2010, Iz cuba untuk menjejak abang Ijad. Jodoh pertemuan Allah tentukan sebab itu tak susah & tak ambil masa yang lama pun untuk bertemu semula dengan abang kesayangan dia tu. Mulanya Iz terjumpa profile abang Ijad di Myspace. Kemudian di youtube pula. Dapat facebook akaun Abang Ijad, Iz terus add & memberanikan diri untuk mengenali dia lebih dekat. Tujuannya untuk pastikan betul ke Abang Ijad ni orang yang pernah dia kenal masa sama sama buat umrah dulu.

Lebih setahun Iz menyiasat latar belakang Abang Ijad dalam facebook, akhirnya Iz bertemu jawapan yang pasti. Itu lah Abang Ijad yang dia kenal masa di Madinah dulu. Dia lah lelaki yang membuat dada Iz sentiasa berdebar bila berselisih & bila abang Ijad duduk bersembang bersama semasa di Madinah & di Makkah dulu.
Tak sangka pula selepas 12 tahun terpisah kini bertemu kembali. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.

Pada mulanya Iz agak terkilan sebab dapat tahu yang Abang Ijad sudah pun berumahtangga, mempunyai seorang isteri yang cantik & lemah lembut serta mempunyai 3 orang puteri yang comel comel. Nak terkilan lebih lebih pun untuk apakan. Diri dia sendiri pun dah bersuami & punyai 2 orang anak. Syukur juga Iz bertemu dengan Abang Ijad setelah dia & suami berpisah. Kalau tidak azab lah dia nak berdepan dengan cemburu buta yang tak bertempat serta ego yang amat tinggi dari suaminya itu. Iz sedar bahawa hubungan dia dengan abang Ijad perlu ada batas kerana Abang Ijad suami orang & dia pula ibu tunggal. Jadi perlu jaga tingkah laku masing masing supaya tidak difitnah orang. Lagi pun Iz tak sanggup nak lihat rumahtangga orang lain hancur seperti dia. Perit rasanya bila mahligai yang dibina hancur kerana orang ketiga. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasa keperitan itu. Dari itu Iz sentiasa mengingatkan diri dia bahawa antara dia dengan Abang Ijad hanyalah sekadar hubungan adik dengan abang & tidak akan lebih dari itu.

Pada tahun lepas iaitu 2012, hubungan Iz dengan abang Ijad menjadi makin rapat. Hubungan yang rapat itu bukan dirancang, malah Abang Ijad juga sudah berani menyatakan hajat untuk melamar Iz. Terkejut Iz waktu itu. Dah buang tebiat ke Abang Ijad ni, dah ada isteri yang baik lagi cantik pun nak cari yang lain ke, fikir Iz masa pertama kali abang Ijad menyatakan hasratnya. Demi mempertahankan prinsip hidupnya, bahawa dalam hidupnya tidak wujud istilah hidup bermadu. Iz terus menolak lamaran Abang Ijad itu tanpa perlu meminta masa untuk fikirkannya. Iz cuba untuk menjauhkan diri, tapi bila dalam tak berhubung perasaan rindu terbit dalam diri Iz.

Sebenarnya kenapa Iz perlu mencari Abang Ijad semula. Adakah hanya untuk memenuhi permintaan seorang insan yang hadir dalam mimpinya hampir tiga tahun lalu. Siapakah sebenarnya insanyang hadir dalam mimpi dia itu. Adakah Iz benar benar kenal insan didalam mimpi dia itu. Adakah Iz mula merasa sunyi tanpa seorang suami disisinya setelah hampir 5 tahun menjadi ibu tunggal. Tapi kenapa mesti Abang Ijad yang terpanggil untuk hadir dalam dirinya. Kenapa tidak rakan sekolah atau rakan kolej yang pernah menaruh hati padanya.

Segala persoalan ini akan terus bermain dalam diri Aireen Izwani Shafie.

Sekian.

-izzan-

Comments

  1. wah wahhh dlm hati ada taman bunga...ehe

    ReplyDelete
  2. cerpen je la...blum ada yg menanam bunga kt taman hati ni...ceeewaaaah =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts