Cerita bermula disini...

Tenangnya hati ini...

Suatu hari, waktu sarapan pagi seawal pukul 7 pagi...

"Nyang nak tahu kat sekolah kakak nasi lemak harga seringgit, kalau ada telur mata kerbau harga dia dua ringgit..." cerita Aiman Damia pada monyangnya sambil didengar oleh mammy nya (aku lah tu...ahaks).

"Mahalnya...kalau mintak telur mata kucing, brapa harga plak." Hahaha pandainya lah nenek aku ni buat lawak pagi pagi ni.

"Ish nyang ni, mana ada lah telur mata kucing." Kami bertiga tergelak bersama. Hmmm...suka nya aku suasa pagi tu. Alangkah bestnya kalau arwah tok pun ada sama. Huhuhu :'(

"Damia bawak duit belanja sekolah berapa setiap hari?" soal monyang Damia.

"Dua ringgit setiap hari kakak bawak pergi sekolah...kenapa harga makanan sekarang mahal sangat. Orang dulu harga makanan diorang murah aja, kan nyang...?"

"Yer lah Damia...orang dulu nak dapat duit susah...duit orang dulu tak banyak macam orang sekarang...sebab tu lah harga makanan orang dulu murah & harga makanan orang sekarang mahal...orang sekarang ni duit bersepah sepah," aku yang mendegar dari tadi hanya anggukkan kepala aja.

"Dulu nyang pergi sekolah bawak 3 sen aja...setiap hari nyang dengan abang abang nyang akan beli ais kepal harga 1 sen...Damia mesti tak tau ais kepal tu macam mana kan?" soal nenek ku pada cicitnya.

"Ais kepal tu apa mammy?"

"Ais kepal tu yang orang dok tempek tempek buat bulat macam bola pastu dia tabur sirap atas ais tu, pastu kita isap isap ais tu," jelas aku.

"Oh yang macam dalam movie Rock Oo tu yer mammy. Kalau tu kakak tau lah nyang, tapi kakak tak pernah lagi rasa. Sedap ke nyang?" soal Damia.

" Sedap macam kita minum air sirap ais. Setiap pagi dalam perjalanan pergi ke sekolah nyang mesti singgah beli ais kepal tu...kalau nyang & abang abang nyang dapat duit belanja 5 sen, nyang dengan abang abang nyang akan pergi beli satay yang jual kat tepi sekolah...dapat lah 2 cucuk seorang," panjang lebar nenek aku bercerita dengan cicitnya tu.

"Wah! bestnya dapat makan satay. Kat sekolah kakak tak ada pun orang jual satay. Ada jual pun kopok lekor aja. Hari hari kakak makan kopok lekor masa waktu rehat," jelas Damia pada nyangnya.

"Damia bawak RM2 ke sekolah banyak lah tu kan. Macam macam bole beli kat sekolah."

"Mana cukup nyang, semua yang jual kat sekolah tu mahal. Kalau kakak nak beli apa apa untuk sekolah, kakak ajak mammy pergi kedai beli," kata Damia sambil tersengeh. Makin bulat anak dara mammy sorang ni. Hehehe

"Lah kesian mammy, habis lah duit mammy macam tu. Nyang ingatkan Damia simpan duit beli sendiri barang barang sekolah." Aku terharu dengan kata kata nenek aku itu lalu peluk bahu nenek ku, sambil melentokkan kepala ku ke bahunya.

"Kesian kan Pah, Izan asyik nak kena keluarkan duit beli barang barang si kakak ni, tu belum barang barang adik dia, si Maman tu." Kata aku bersenda.

"Alaaa kakak bukan selalu mintak mammy beli macam macam pun. Maman tu selalu mintak mammy belikan untuk dia macam macam. Kakak tau lah mammy tak banyak duit, tapi boss mammy baik tau nyang. Selalu bagi mammy duit lebih, jadi tak apalah kalau kakak mintak mammy belikan barang untuk kakak." Wah! anak aku sorang ni, ada yang kena gerudi pipi ni kang. Bila masa pulak boss mammy bagi duit lebih...

"Damia kena lah simpan duit yang mammy bagi. Jangan lah belanja habiskan duit tu. Simpan sikit sikit nanti lama lama duit tu bole jadi bukit," nasihat nenek aku pada cicitnya itu.

"Kesian mammy kerja teruk teruk cari duit untuk Damia dengan Maman kan. Nak cari duit banyak untuk  Damia, mammy asyik kerja aje tak ada masa pulak untuk bersama sama dengan Damia & Maman kan? Jangan susah susahkan mammy, nanti mammy sakit sapa nak bagi Damia & Maman makan, belikan baju baru..." sambung nenek aku nasihatkan cicitnya sambil merenung jauh kedalam mata aku.

Aku tau sangat renungan tajam itu. Pah, Izan dah biasa berdikari sendiri. Izan nak apa pun Izan akan usaha sendiri, tak mintak tolong siapa siapa pun. Izan harap sangat Pah dapat padamkan hal si dia itu dalam minda Pah. Tak perlu rasanya Pah ingatkan dia & tanya hal dia lagi. Cukup lah Izan buat arwah Tok rasa susah hati pasal kewujudan dia & kesal apa yang dah terjadi. Insyaalah semua akan baik baik aja nanti.


Pagi tu dalam pada seronok bersembang, tanpa sedar anak ku si Damia telah menghabiskan 2 bungkus nasi lemak...Mek! budak debab ni nak mendebabkan badan nya lagi ke...adusss mengucap anak ku...mengucap yer. ;-P

Pah ni kalau dah diajak bersembang memang susah nak stop. Tak ingat tu dia bukan larat nak duduk atas kerusi lama lama. Aku ajak Pah beralih tempat pulak, duduk di ruang tamu, diatas sofa; empuk & selesa bila bersandar. Aku minta Damia tolong pimpin kan nyang nya duduk di sofa sementara aku tolong Kak Santhi(pembantu rumah nenek aku) kemas meja makan & basuh pinggan & cawan. Walaupun Kak Santhi menghalang aku cuci pinggan & cawan, aku tetap nak buat gak. Kesian Kak Santhi sorang sorang nak uruskan semua hal kat dapur, mana dengan nak jemur kain lagi, nak masak untuk makan tengah hari.

Selang beberapa minit aku membuat kerja didapur aku ke ruang tamu untuk sambung bersembang dengan nenek aku. Laaaah dah terlentok kepenatan nenek aku ni. Mana pulak si Damia ni. Boleh la pulak dibiarnya nyang duduk sorang sorang.

Aku kejutkan nenek aku untuk masuk bilik aja baring dikatil. Sakit tengkok tu tidur terlentok aja. Nenek aku akur, lalu aku pimpin nenek aku masuk bilik & baringkan dia dikatil. Oh si Damia ada dalam bilik rupanya, kejutkan adik dia bangun.

Pagi tu nenek aku tidur lama sampailah aku kejutkan dia untuk makan tengah hari. Hmmm...tak lah susah nak jaga nenek aku ni, tak seperti yang mak aku bagi tau aku. Malam pun nenek aku tak ada lah tak tidur langsung & menangis aja. Lena aja tidur malamnya, cuma sesekali dia terjaga untuk ke bilik air. Lepas tu terus tidur semula.

Alhamdulillah setakat 3 hari 2 malam aku menjaga nenek aku, tak ada kesulitan yang aku tempuhi. Dalam usia dia yang dah uzur ni nak pulak mengalami 'short term memory loss'. Aku pulak rajin melayan pertanyaan dia, biar pun berpuluh kali diulang tanya soalan yang sama, aku tetap sabar menjawabnya. Kalau orang lain dah tak layan dah. Izan ni kan penyabar orangnya...(haaa...cesss puji diri sendiri aja...hehehe ;-P)

Apa pun, Izan dari dulu sewaktu zaman kanak kanak lagi sampailah sekarang ni memang suka & akan enjoy bila dapat tinggal bersama sama dengan nenek & arwah tok. Hmmm...next n3 insyaallah Izan akan cerita zaman kanak kanak sewaktu arwah tok menetap di Melaka.


Sekian dulu...

Salam
-izzan-

Comments

Popular Posts