Kisah Seorang Anak Paderi Memeluk Agama Islam!
Hari ni...kepala aku sakit sangat...rasa melayang-layang pun ada gak...dah penghujung waktu keje ni aku tak mampu nak teruskan kerja aku lagi...aku ambik masa untuk membaca tentang isu-isu semasa...
Pagi tadi aku di kejutkan dengan isu "Listen, Listen, Listen..." oleh seorang presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M, Sharifah Zohra Jabeen...sapa la pulak minah ni sampai mencetuskan kemarahan ramai rakyat Malaysia...kerana sikap kurang ajar dia terhadap hak asasi bersuara seorang pelajar dengan tiada rasa hormat pada diri sendiri telah 'mempopular' diri sendiri...sikap manusia zaman sekarang...kenapa ini terjadi...OK la stop cakap pasal minah ni...
Sebenar nya dalam pada terbaca kisah-kisah Sharifah Zohra Jabeen ni aku berminat sangat membaca artikal tentang "Kisah Seorang Anak Paderi Memeluk Agama Islam! "....pada penulis blog 'Menulis Menconteng' aku mohon berkongsi artikal ini di blog aku yang serba kekurangan...
Mari baca & fahami lah...
Pagi tadi aku di kejutkan dengan isu "Listen, Listen, Listen..." oleh seorang presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia atau SW1M, Sharifah Zohra Jabeen...sapa la pulak minah ni sampai mencetuskan kemarahan ramai rakyat Malaysia...kerana sikap kurang ajar dia terhadap hak asasi bersuara seorang pelajar dengan tiada rasa hormat pada diri sendiri telah 'mempopular' diri sendiri...sikap manusia zaman sekarang...kenapa ini terjadi...OK la stop cakap pasal minah ni...
Sebenar nya dalam pada terbaca kisah-kisah Sharifah Zohra Jabeen ni aku berminat sangat membaca artikal tentang "Kisah Seorang Anak Paderi Memeluk Agama Islam! "....pada penulis blog 'Menulis Menconteng' aku mohon berkongsi artikal ini di blog aku yang serba kekurangan...
Mari baca & fahami lah...
Kisah Farhan
(Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama
asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan
dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang
ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya
dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh
kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk
ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat
masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar
RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami
ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini
kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan
susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami
mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh
dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan
lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah
asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk
tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya
mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh
orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya
bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu
saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh
ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa
rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan
“cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama
cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa
persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur
pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa
saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan
bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak
mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu
pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke
rumah.
Sejak itu
beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya
gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz
tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya
bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa
salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan
seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah
hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya
meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin
tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi
berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan
ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya
bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu
saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya
lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera
meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya.
Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya
dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di
Sabah .
Saya diserahkan
kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis
kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam.
2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir
yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di
PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil
Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan.
Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit
over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini
saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti
bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah
keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya
selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan
bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik
beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah
menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai
menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar
surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar
saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang
tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil
wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus
menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk
erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya
kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya
alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau
dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas.
Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana
kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita
tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari
jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog
dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud &
Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun
jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam.
Tapi saya pilih
Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati
Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya
berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah
ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya
juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di
IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar
Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan
dimurtadkan.
Saya sudah pergi
banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah
satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif
untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara
kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini
dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul
yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah
dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat.
Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka
akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
*berkali-kali aku baca artikal ni...timbul rasa satu kesedaran dalam diri...Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau kuatkan la iman ku & tetapkan lah aku dalam ajaran Mu...moga aku tidak dipesongkan & terpesong. Amin*
*peace*
*berkali-kali aku baca artikal ni...timbul rasa satu kesedaran dalam diri...Ya Allah Ya Tuhan ku, Kau kuatkan la iman ku & tetapkan lah aku dalam ajaran Mu...moga aku tidak dipesongkan & terpesong. Amin*
*peace*
Comments
Post a Comment