Nagis Je ni Kenapa....


meleleh lagi air mata ni...
(dek kerana air mata ini seorang uncle berbangsa cina yang duduk mengadap aku terpaksa beralih tempat duduk...hai ya uncle wa sorry banyak banyak, lu nampak gua punya air mata lu jadi gelisah hor...gua tak boleh tahan tahan la itu air mata keluar sendiri juga...sorry aar uncle)
kerana insan seorang ni air mata ni memang tak boleh nak ditahan tahan...
sentap bawa samapai air mata darah skali pun (gamak nye)...

ya Allah kenapa Kau letak insan ini sebagai pengukur kesabaran ku...
dari dulu hingga kini...
tapi walau hati ini dihiris...disiat siat...(sakit ya Allah, perit nye)
aku tak penah sekali pun (rasa nye tak penah kot)...
laksanakan tanggungjawab ku terhdap nye dengan perasaan tidak ikhlas...

aku cuba berubah...
semua demi untuk membalas segala kesilapan ku yang lalu...
tapi masih gak dia tak nampak...

kerana tak tertanggung keperitan ini...
aku terpaksa gak bercerita kat sesorng hamba Allah ni...
(dia dapat tahu aku dalam kesusahan)

kenapa pada dia...
kerana dia juga penah melalui nasib yang sama...
dia mampu beri pandangan yang positive pada ku...
bukan mengapi api kan keadaan yang kian membara...

dia cakap "cuba apa aja yang terjadi...
lebih lebih lagi dari insan ini kita pikir kan kearah positive...
contoh nya apa yang aku baru alami ini...
mungkin insan ini rasa malu...
tak pun malas nak bersoal jawab dengan jiran tetangga tentang status kamu..."
(ya Allah hina sangat ke..keji sangat ke diri ini bila berstatus begini...
pada mula nye itu yang terlintas difikiran...
Astaghfirullahalazim...Subhanallah)

apa yang berlaku pada diri aku ini tak penah aku minta...
aku juga tak minta atau mendesak insan ini...
membantu aku dalam menghadapi masalah hidup keluarga ku
aku hadapi seorang diri...
hanya Allah SWT saja yang tahu keperitan yang aku alami...
pada Dia aku mohon pertolongan & perlindungan...

hamba Allah ini juga ada pesan kat aku...
"walau apa pun yang insan ini lakukan pada kita...
jangan sekali kali abaikan tanggungjawab kita pada dia...
biar perit biar pedih skali pun...
jangan sesekali abaikan dia..."












dari sudut negative yang ada dalam diri ku ini...
nak aja aku angkat kaki tinggalkan segala keperitan ini...
tapi kerana pesan & juga amanat dari seseorang...
mengharap aku dapat menjaga 'anak kesayangan' dia yang seorang ni...
niat aku itu terpaksa aku padamkan...

dari sudut positive nye...
aku akur & terima seadanya...
dugaan yang Allah SWT berikan ini...
aku yakin pada Mu ya Allah...
pasti akan datang kegembiraan buat diri ku ini...

rasanya tak perlu aku bebankan kepala otak aku
dengan memikir hal hal remeh macam ni...
banyak lagi pekara pekara utama yang perlu aku fikir
dan lakukan...walau seorang diri...




*salam*

Comments

Post a Comment

Popular Posts