Selalu Dikenang...



peristiwa lebih 26 tahun yang lalu...
kenangan bersama arwah abang...AL-FATIHAH buat arwah Izzat bin Khalid
masih segar diingatan ku arwah abang pernah menulis dalam buku catatannya yang dia bertemu dengan seorang professor...(adakah orang yang dipanggil prof tu manusia atau malaikat Izrail...hanya dia & Allah SWT yang tahu ketika itu)

diantara ayat dalam penulisannya..."aku telah didatangi oleh seorang professor yang memberi tahu aku bahawasanya aku tidak akan hidup lama, mungkin 6 bulan atau kurang dari itu..."

masa pertama kali aku membaca ayat ayat (selepas seminggu arwah abang meninngal dunia) itu...

seluruh tubuh ku rasa seram sejuk...takut...kot kot la roh abang balik rumah tengok aku tengah baca buku catatan dia tu (masa tu la aku dok fikir macam tu...maklum je la masa tu umur baru 9 tahun)
sebelum baca buku catatan abang(arwah) tu aku amat marah kerana abang memungkiri janji(abang berjanji tidak akan meninggalkan aku & akan menjaga aku sehingga dewasa)…

rupanya didalam buku catatan itu terungkai segala detik dia menemui ajal…

satu persatu peristiwa arwah lakarkan dengan gambarajah(abang memang suka melukis dari menulis ayat)…

dari awal peristiwa; abang pergi rumah kawan untuk pinjam basikal yang tiada brek(sengaja dia memilih basikal yang tiada brek)…(scene ni disah kan sendiri oleh kawan abang ni...sorry nama dia aku dah tak ingat)

kemudia dia terus ke sekolah(SRK Kg Tunku) untuk mengucap selamat tinggal kepada guru guru & rakan rakan yang menyertai rombongan sekolah selepas tamat ujian UPSR…
selepas lambaian rakan rakan hilang dari pandangannya…

abang keluar dari kawasan sekolah & terus menuju ke jalan sungai way dengan basikal yang dipinjamnya itu...
dari lakaran abang, dikawasan sungai way tu ada jalan yang menuruni bukit…

aku sendiri tak pasti dikawasan jalan yang mana abang maksudkan…
abang lukis dia berada diatas bukit & jalannya mencuram ke bawah serta ada bunggulan batu diatas jalan itu…abang langar batu itu terus terpelanting masuk dalam longkang kat tepi jalan tu…

posisi abang dalam longkang tu dalam keadaan tertiarap…

abang meninggal di tempat kejadian…
orang potong rumput yang jumpa mayat abang & orang itu juga yang panggilkan ambulan…

abang bernasib baik kerana pakai tshirt sekolah, jadi sebelum pihak ambulan bawa abang ke hospital mereka ke sekolah untuk memaklumkan kejadian…

kebetulan guru besar ada di sekolah waktu itu…dia yang mengesahkan bahawa abang adalah pelajar sekolah itu…lalu mayat abang dibawa ke HUKL(kini dikenali sebagai PPUM)…(scene ni di ceritakan sendiri oleh guru besar)

guru besar call rumah untuk sampaikan berita yang tak diduga ini kepada mak & abah…

tapi malangnya mak & abah waktu tu tak ada dirumah kerana mengahadiri kenduri kahwin di Sabak Bernam…tak pasal pasal pihak polis terpaksa pergi cari mak & abah…bila polis dah jumpa berita disampaikan…mak dah macam orang hilang ingatan…aku anak dia sendiri pun dia bole tak mengaku anak(sedih giler masa tu…huhuhu aku ni anak angkat ke… rasa nak lari rumah je masa tu…mujur ada Pak Uda tenangkan & pujuk aku) (scene ni aku tak perlu cerita lebih detail la yer…)

abang memberi tahu dalam lakarannya, dia memang akan dihantar ke HUKL…wad apa dia dimasukan…doctor yang merawat dia siapa(aku dah tak ingat nama doctor tu)…

yang lebih menakjubkan…

abang siap lakarkan sebuah piala yang ada dalam bilik doctor tu…(aku tanya mak tentang piala tu…mak aku kata memang ada & mak aku tanya aku balik mana aku tahu tentang piala tu…aku bagi tahu abang yang lukis dalam buku catatan dia…mak terus mintak buku catatan abang tu…so sampai sekarang buku tu entah dimana pergi nya…huhuhu padan muka aku la kan pergi buka mulut kat mak masa tu siapa suruh)

paling sayup & sedih bila baca muka surat terakhir buku catatan abang…

abang dalam kubur abang minta ampun pada mak…”mak abang minta maaf halalkan makan minum abang yer…”

semakin aku meningkat dewasa aku mula mengerti bahawa semua ini adalah ketentuan Allah SWT.

kenapa aku bole ingat semua ni setelah peristiwa pahit itu berlaku 26 tahun 2 bulan 28 hari genap pada hari ini…

ku sedekah kan ayat ini buat dirimu agar kau tenang disana...

sekian buat masa ni…

*mentang mentang la siang ni tak keje...tak reti reti nak tidor pulak =P*



*salam*

Comments

Popular Posts