Sayu Mata Ini Melihat....
Sayu hati ku melihat diri mu hari ini…beristifar seketika
bila melihat perubahan yang cukup ketara pada diri mu…kenapa aku rasakan semua
ini berlaku begitu pastas sekali…seperti baru semalam aku melihat kelincahan
diri mu…masih aku ingat kata-kata mu ketika aku mengadu sakit sewaktu kecil
dulu…“…cakap la sakit selalu…itu doa tu…nanti hari-hari Tuhan bagi sakit sampai
kita tak bole nak bangun & makan serta minum…” (waktu tu takut dah nak mengadu
sakit)…sehingga sekarang bila aku dalam kesakitan, aku akan cepat-cepat beristifar...kini diri mu pula yang selalu mengadu sakit…tidak henti-henti bibir mu itu melafas perkataan sakit..kau tidak endah segala
nasihat yang diberi…tetap juga mengadu sakit…macam mana tak sakit kalau tak
mahu makan…asyik terperap saja didalam bilik…
Insan ini adalah seorang yang amat aku kagum, dia lah yang ku panggil ‘Pah’(nenek
ku)…
‘Pah’…
Izan rindu nak tengok ‘Pah’ senyum…
Izan rindu nak dengar ‘Pah’ berbual…
Izan rindu nak tengok ‘Pah’ makan…
Izan paling rindu nak dengar ‘Pah’ mengaji…
‘Pah’…
Tak nak ke ‘Pah’ rasa sihat kembali…
Tak nak ke ‘Pah’ berjalan-jalan menghirup udara segar diluar
umah...
Makanlah ‘Pah’…
Kuatkan diri…
Sentiasa ingat Allah…
Kita hidup kerana Allah…
Kita sihat kerana Allah…
Kita sakit jua kerana Allah…
Kita pulih semula juga kerana Allah…
'Pah'...
Izan tak tau apa yang 'Pah' selalu fikir kan sampai 'Pah' sakit macam ni...
Banyak pekara yang 'Pah' pendamkan & rahsiakan dari anak-anak serta cucu-cucu 'Pah'...
Adakah 'Pah' terlalu memikirkan tentang kematian...
Kematian itu adalah pasti 'Pah'...kita harus kuatkan kepercayaan kita pada Allah...beramal ibadat selalu...
'Pah' harus kuat...mana tahu kan, mungkin Izan yang akan pergi dulu sebelum 'Pah'...
Aku hanya mampu berdoa agar ‘Pah’ kembali pulih &
tabah menghadapi dugaan dari Allah…aku pohon pada Mu Ya Allah agar Kau lindungi
‘Pah’ & Tok serta kurniakan kesejahteraan pada mereka berdua….Amin.
*peace*
sakit apa Opah izzan?semoga cepat sembuh.Doa banyak banyak izzan.Doa cucu ke Opahnya sangat makbul izzan
ReplyDeletesakit tua sue...umur dia pun dh 89...
Deletedia slalu gaduh sakit perut...kembung perut...
duduk hospital 2 mlm...doc kata x de sakit apa pun...
opah aku tu byk pkir...hal anak2 dia mgkn..
anyway thanks sue for your concern... =)