Posts

Showing posts from April, 2013

Abah oh Abah...

malam ni sorry sangat abah yer...  izan ngantuk yang teramat + tengah sakit mata...  jadinya x mampu nak pandu kereta tengah malam ni...  terima kasih abah sebab meng'offer'kan diri untuk pandu kereta balik ke bangi villa...  (ni malam ke 6 kami keluarga yang terdekat mengaji al-quran untuk arwah tok dirumah kg. tunku)  mmm...abah siap buat drif lagi tengah malam ni ek ek ek...  eeeeeerrrhhhh...bukan setakat jantung yang luruh... usus & buah pinggang ni pun rasa dah terburai...  dari rasa layu nak terlelapkan mata...  terus jadi segar bugar mata izan ni...  ok ok ok...mungkin masa izan pandu kereta...  itu yang abah rasa...  well izan anak abah kan...  ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan kan kan...=P  tapi abah kureng nak berapa cekap dalam hal ciluk menciluk ni...  oleh itu abah tak dapat nak memecah rekod kepantasan izan memandu... kelajuan; izan: 30 - 40 minit (kebiasaa...

Salam Jumaat...

Image
renungan buat semua pembaca... peringatan untuk diri sendiri...    

"ROH : RAHSIA ILAHI"

Image
Roh adalah fomula yang dicipta oleh Allah & hanya Allah yang tahu rahsia disebalik ciptaan Nya itu. Manusia hanya tahu sedikit tentang roh.  Allah bukan roh. Jika Allah adalah roh maka Allah itu berbilang agama, bangsa & kepercayaan. Sedangkan Allah itu adalah zat yang maha agung. Dalil tentang Roh Hadis riwayat dari Imam Bukhari dan Muslim, dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: " Aku berjalan bersama-sama rasulullah s.a.w di Kota Madinah. Rasulullah bertongkat dengan pelepah tamar dan melewati sekumpulan orang-orang Yahudi. Mereka (Yahudi) saling berkata: "Tanya Muhammad tentang roh"? Sebahagian yang lain pula mengatakan: "Jangan bertanya kepadanya"Namun kemudianya mereka bertanya: " Hai Muhammad apakah roh itu?. Rasulullah tetap( berdiri ) bertongkat dengan pelepah kurma itu dan aku menyangka bahawa baginda sedang menerima wahyu. Setelah itu Rasulullah bersabda kepada mereka(Surah al-Israk :ayat 85): " Dan mereka bertanya kepad...

Siapa Tun Syed Zahiruddin Syed Hassan.

Image
Tun Syed Zahiruddin (Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja) Tun Syed Zahiruddin dan, di sebelah kanannya, Raja Harun Al Rashid Razman. (Photo: Raja Shahriman) Tun Syed Zahiruddin ada hubungan persaudaraan dengan Sharifah Hendon , isteri Ku Nick. Beliau adalah Tuan Yang Terutama Yang Di- Pertua Negeri Melaka (1975-1984) yang keempat sebelum dilantik sebagai Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja. Tun Syed Zahiruddin bersama Y.A.M Raja Iskandar Zulkarnain ibni Al-marhum Sultan Idris Shah (Raja Kecil Sulong). (Photo: Raja Shahriman) Tun Syed Zahiruddin dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian , Perak. Beliau adalah anak sulung daripada enam adik-beradik. Bapanya adalah Syed Hassan bin Syed Ibrahim , dan ibunya adalah Raja Halimah binti Raja Abdullah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah bagi tahun 1924-1925 . Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Melayu Pondok T...

Kehilangan

Image
malam semalam aku telah kehilangan seorang insan yang sangat aku hormati & sayangi... dia lah insan pengubat pilu dihati... tun syed zahiruddin syed hassan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.30 malam pada 20 april 2013... malam ini aku sudah mula merindui tok... maaf tak dapat nak tulis lebih pasal masih bersedih & kesihatan aku agak kureng... nanti2 aku kongsi peristiwa ini...

Kesakitan...

ASTAGHFIRULLAH HALAZIM... terkejut aku... dalam pada aku menunggu mak & abah aku blik dari melawat tok aku di DSH... aku terlelap...tiba tiba nama aku dipanggil... macam suara abah aku...aku bangun... tengok bilik mak & abah berkunci lagi... aku turun bawah untuk melihat kereta Myvi ada ke tidak...mmm tak ada pun...so makna nye diorang belum balik lagi... tapi siapa yang panggil nama aku... jelas sangat suara tu...memang suara abah... aku naik semula ke atas & masuk bilik tapi pintu bilik sengaja aku tak rapatkan... 10 minit kemudian aku dengar pintu bilik mak & abah aku terbuka... aku bangun dari katil & jenguk keluar(pintu bilik mak & abah aku mengadap pintu bilik aku)... aku nampak mak aku...masuk bilik & terus tutup pintu bilik... tak nampak pun abah... mak nampak not in good mood... so aku memang tak berani nak tegur... tak pasal pasal kang kena tengking... aku juga yang sentap nanti... ok apakah petandanye ni... mmm...sebenarnye dah...

Sabar Izzan...

Ya Allah....sakit nye... kenapa sakit sangat ni... dah rasa nak guling guling kt dalam train ni aje... ni dh masuk bulan ke-5 selepas peristiwa tu... sakit nye makin menjadi jadi... apa pun aku kena kuat buat masa ni... demi nenek aku & juga mak aku... pagi tadi mak bagi tau kondisi tok agak teruk... aku disini hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk tok... :,(

Semalam Di ICU

semalam semasa melawat atok aku di ICU... pekara yang paling aku tak gemar nak dengar... A.Adik: hey kenapa you guys masuk sini...ok sorry sorry auntie lupa nak tell both of you just now, jangan masuk sini dulu. aku: why auntie? actually me & Aida not plan to come inside just now we just intai je dari luar nak tengok sapa yang ada dengan tok. tiba2 ada brother sorang tu yang duduk kat pintu masuk tu buka pintu & suruh both of us masuk, so apa lagi masuk aje lah...hehehe. Aida: why auntie, why? A.Adik: (dengan suara berbisik...) orang katil sebelah baru aja mati...katil #1 soon because doktor cakap tadi dah tak ada hope, so doktor dah cabut all the wires... AAaaapaaaa baru aja mati....& sorang lagi tinggal nyawa nyawa ikan(sambil menutup mulut aku membulatkan mata aku memandang A.Adik) A.Adik memberi isyarat...SSsshhyyyy...sebab nenek aku yang dari tadi ada kat sebelah atok aku tak tahu pun yang orang kat katil sebelah tu dah mati... aku: orang apa auntie? A....

Kisah Nenek Tua...

Image
Hari ini (Ahad 14.04.13)...aku terpaksa tinggalkan abah seorang diri di rumah, kerana aku di minta menjemput mak aku di DSH. Sepanajang hujung minggu ni mak menjaga tok aku di ICU & sebelah malamnya mak menemankan nenek aku tidur dirumah KT. Abah aku pelawa untuk ikut sekali pergi menjemput mak & sambil tu pergi melawat tok di DSH. Abah keberatan nak ikut sama kerana abah nak hadirkan diri ke majlis ceramah di surau Ar-Raudah. Itu lah abah aku....tak akan ketinggalan dalam hal hal surau Ar-Raudah ni. Kami (mak, adik aku Aida, anak anak aku & diri ku sendiri) sampai rumah malam tadi dalam pukul 9.45 (mek! lajunya aku bawak kereta sebab kami bertolak dari DSH pukul 9 malam...ok lah tu mak kat sebelah tak bising masa aku tengah pandu kereta)...hehehe...cuma sekali sekala aku terpandang mak aku mengeleng kepala bila aku buat aksi stund kt atas jalanraya iaitu celok mencelok...aku tak suka bawak kereta Myvi lama lama atas jalanraya ni...boleh tercabut lutut aku dibuatnya... =P...

Soalnya Hati.

Image

Segalanya Kerana 36...

Image
dh 36thn... mmm...dh ek... pagi buka pc... dapat wish dari google... TQ Mr. Google... tahun lepas & tahun sebelum sebelum nya tak dapat pun wish dari Mr. Google... special gak lah yer angka 36 ni... many thanks to all my fb friends & bff, especially Amirah Bakri... pagi pagi dah mengegarkan talian hp ku dengan nyanyian Happy Birthday... ingat kan ko nak nyanyi ala ala versi Upin Ipin...hahaha =P dalam pada leka membaca 'birthday wish'... hp aku nyaris nak pecah... coz 'terkezut' dapat sms dari mamat ni... baeeeek! punye kempen... sorry ek...yes aku sayangi Selangor... yakini BN tu...mmm...no komen lah...hehehe ************************ stop sat nak kena pergi site kat Serdang lagi hari ni... sampai site... aik! kosong lagi... mana semua 'furniture' ni... tak kan tak sampai lagi... janji pukul 10am sampai kat site... ni dah 10.45am... sorang pun tak ada ni... yang ada pak guard Nepal sorang... haiiii.....