KJMC...

Semalam aku bawak anak aku, Maman pergi jumpa doktor specialist di KJMC di Kelana Jaya kerana demam dia dah seminggu tak baik baik.
Kenapa aku pilih KJMC? Sebab di situ lah tempat anak aku pernah terima rawatan 'bronchopneumonia' & 'asthma' semasa usia dia 8 bulan hingga 2 tahun.
Doktor Specialist: Dr. Syed Nazir
Klinik: Tingkat 2
Masa: 10am
Mujur gak masa kami sampai tak ramai orang yang menunggu. Jadi nye tak de lah si Maman ni nak merenggek sebab kena tunggu lama.
no. giliran tu 1007 & no. kami 1010...
ketika menunggu giliran...

masuk bilik doktor....
"sapa ni," kata doktor dengan longhat utara dia.
"Aiman Faris...masyaallah lama nya tak jumpa...file ni last rekod 2007...sekarang dah umur brapa ni," kata doktor tu lagi sambil belek belek record file Maman.
"Dia dah darjah 2 dah doktor sekarang..." kata aku.
"Ok sekarang apa masalah nya dengan Aiman ni?" tanya doktor tu.
"Dia deman dah seminggu doktor tak baik baik lagi," jelas aku.
"Ussshh lama tu, ada batuk, selsema ke?" tanya doktor lagi.
"Batuk baru semalam dia kena, selsema tak ada pulak," jawab aku tenang padahal dada aku dah mula berdebar dah bila tengok riaksi wajah doktor tu, macam ada sesuatu yang kurang baik aje yang nak dia bagi tahu aku.
Doktor kemudia check seluruh anggota Maman, check tekak & paru paru dia. Kata doktor semua clear tapi kena pergi buat check darah dulu.
Aku anggukkan aja kepala, tapi Maman dah pandang aku dengan mata bulat dia tu.
Aduss budak ni tak kan itu pun takut kot...releks la...klau Maman takut mummy lagi takut...hehehe
jadinya jangan takut ok...

Doktor kata check untuk denggi & influenza...
"apa zaaa?" tanya aku.
"Influenza lah, awak tak pernah dengar ke penyakit ni...?" haaa kan dah kena soal dengan doktor...hehehe
"Pernah tapi tak berapa tahu pasal penyakit tu..."jawab aku.
Doktor senyum aja, "tak pe lah awak pergi bawa Aiman check darah dulu nanti saya terangkan."

Lepas pergi lap ambil darah kami di suruh naik semula tunggu keputusan akan dihantar ke doktor nanti.
Bila kami naik semula ke klinik tadi...Ya Allah ramai lah pulak kanak kanak bersama parents diorang yang menunggu giliran untuk berjumpa doktor.
Tempat duduk pun dah tak ada...jadi terpaksa lah berdiri...
Maman dah lain macam aja aku tengok...
"Mummy...Maman nak duduk lah...tak larat nak berdiri aja ni," dah mula lah anak aku sorang ni merenggek.
"Ok jap mummy cari tempat..." sambil mata aku liar mencari tempat duduk kosong.
"Mummy kat counter nurse tu ada tempat duduk kosong...jom lah kita duduk sana," kata kakak sambil tarik tangan Maman untuk cepat cepat ambil tempat duduk tu. Aku ikut aja dari belakang.

"Mummy no. kita lepas ni yang ke berapa pulak..." tanya Manan.
"Tak ada no. sayang...nanti keputusan ujian darah tu dah sampai kat atas ni...doktor panggil aja nama," terang aku.
"Maman penat lah mummy..." runggut Maman.
tahap bosan menunggu keputusan ujian darah Maman...

"Maman baring je lah kat mummy ni...nanti doktor panggil mummy kejut Maman ok," pujuk aku.
Dalam 30 minit menunggu, doktor panggil masuk bilik dia dan...

"Congrats.." kata doktor sambil tesenyum.
"So darah dia ok kan...tak ada sakit apa apa kan..." kata aku.
"Anak awak kena influenza b..." cakap doktor tu sambil tersenyum lagi. 
Eek...kena influenza B pun congrats ke...doktor ni saja je kan...tumbok gak muka doktor ni...
Doktor tunjuk aku keputusan ujian darah Maman...
satu apa pun aku tak paham kot apa benda nya % tu...
doktor kata influenza B tak bahaya macam influenza A...
influenza A hampir sama dengan H1N1...jadi ia agak bahaya...
influenza B kurang bahaya jika cepat dirawat & makan ubat ikut aturannya...
jadinya anak aku cuma dinasihat untuk banyak minum air berehat secukupnya...
tak bole ambil makanan & minuman sejuk...
doktor juga tunjuk yang kandungan air dalam badan anak aku terlalu rendah...
cuma 15% aja kandungan air yang ada dalam badan dia...
mek sikit bebenor air dalam badan dia ni...
"Aiman masuk wad lah, doktor masuk kan air banyak dalam badan tu..." sambil tu doktor jeling kat aku & aku pandang doktor dengan mata yang membulat sambil geleng kepala...
"Hahaha...tengok mummy tu yang takut...fobia lagi ke dengan hospital ni..." sindir doktor tu.
"Harus lah...elergy saya dengar perkataan kena masuk wad ni lah..." kata aku sungguh, bukan main main.
"Ok lah Aiman doktor tak tahan awak kat wad sini...ni semua sebab mummy awak...tapi dengan syarat kena banyak minum air...kalau tak no choice kena juga masuk wad...ok mummy nye..." tegas doktor tu.
"Yes dengar doktor cakap apa tu Maman...minum air banyak banyak ok sayang..." Maman hanya mengangguk kan kepala aja...
"So doktor sakit anak saya ni kena quarantine ke...?" tanya aku untuk kepastian.
"Untuk 2 - 3 hari ini jangan bagi dia keluar rumah...dan jangan kongsi makanan @ minuman dengan orang lain..." jelas doktor.
(informasi lebih tentang penyakit Influenza ni aku kongsikan dalam next n3 aku...sila la baca untuk pengetahuan bersama)

Selesai urusan di KJMC dalam pukul 12.30 tengah hari, perut aku dah mula bergendang...lapar sangat kot...kepala pun dah mula berdenyut...anak anak sementara tunggu result darah Maman, aku alaskan perut diorang dengan roti krim Gardenia...aku tanya Maman & Kakak nak makan apa...Maman nak makan burger...kakak pulak ikut apa aja yang adik dia nak makan...memandangkan aku dah lama tak pergi A&W PJ...aku tanya Maman nak makan kat sana tak..."naaaakkk mummy...dah lama Maman tak makan A&W...jom jom kita pergi sana makan...kakak nak tak..?" suka sangat dia nak pergi makan kat sana. Lega sikit hati aku tengok muka Maman ceria semula.

Masa makan aku tengok Maman makan bersungguh...
lapar sangat lah tu...
muka tak larat nak makan lagi dah tu...




tiba tiba Maman mula tunjuk muka lemah dia...

"Maman dah tak nak makan lagi lah mummy...dah kenyang...Maman penat nak baring..." kata Maman lemah..padahal tak sampai separuh pun dia makan...sikit sangat dia makan pun...
"Ok lah...kakak dah habis makan ke...nak makan lagi ke?" tanya aku pada kakak yang sentiasa ada selera nak makan.
"Dah mummy...jom lah kita balik...kesian kat Maman tu.." sporting sungguh anak sulung aku ni dengan adik dia...kalau tak tu susah betul nak mengalah dengan adik dia.

Masuk aja kereta Maman terus baring...tak sempat aku nak sejuk kan kereta...
bila aku nak mula kan perjalanan aku pandang belakang tengok Maman dah terlelap...

petang tu lebih kurang pukul 2.30...jalan jem lah pulak kat Federal Highway tu...adussss tension dibuatnya..
masing masing bawak kereta cap siput ke apa...slow sangat ok...
aku macam biasa lah bila ada peluang untuk cilok aku cilok la...
walaupun bawak kereta lebor...
kalau kancil tu senang senang lah nak cilok...tak de hal lah...hehehe

sampai rumah...
kami anak beranak melepek...
sedar sedar dah pukul 7 petang...
masa tu mula lah badan aku ni rasa lemah aja...sebab tidur waktu petang...

(macam mana anak aku bole kena influenza ni...ini lah nama nya dugaan dari Allah...Alhamdulillah Maman tak banyak ragam masa tengah sakit ni...)


*salam*

Comments

Popular Posts