Oh Urine Ku...!!!
urine test... |
semalam buat 'urine test'...
doktor ni buat muka suspen apa hal lah pulak...
"izan kencing kotor ni...kurang minum air yer..." berkerut kerut dahi doktor tu bila tunjuk kan aku result urine aku.
"gheee...memang kurang minum air pun doktor..." jawab aku tersipu sipu sambil menahan sakit.
"mungkin izan sibuk sangat ni sampai kurang minum air yer...tapi sekarang ni tengah musim panas kena banyak minum air tau.."
aik...doktor ni perli ke apa...atau doktor ni memang memahami kerja aku...hahaha
bagus betul lah doktor ni...
memang doktor ni bagus sebenarnya sebab siap terangkan kat aku satu persatu maksud warna warna dari 'urine dipstick test' yang telah diambil dari air kencing aku...
sedikit info apa itu kencing kotor;
adakah kencing kotor bermakna air kencing mereka tidak jernih, berkeladak dan
bersampah sarap? hehehe...tak lah sampai macam tu sekali...
Urinary Tract Infection (UTI) atau Jangkitan Kuman di Saluran Kencing, atau
lebih mudah dikenali sebagai penyakit ‘kencing kotor’ adalah jangkitan kuman
yang melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing ureter (yang
menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing
urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh) .
jika jangkitan ini tidak dirawat ia boleh merebak ke buah pinggang (pyelonephritis). Jika jangkitan sudah merebak ke buah pinggang, seseorang itu akan mengalami demam yang tinggi dan sakit di bahagian belakang. Kadang kala bole rasa loya dan muntah muntah.
bagaimana mencegah 'kencing kotor' ini;
1. minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari.
2. terus buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. menangguhkan
membuang kencing, akan mengalakkan pembiakan bakteria di dalam pundi
kencing.
3.tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah
kotor.
4. kurangkan makan makanan yang manis, atau minum air yang mengandungi
caffeine.
5. Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 – 500 mg), Beta-carotene
(25,000 – 50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu melawan
jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah.
(banyak lagi cara mencegah 'kencing kotor' ni & info tentangnya...sila rajin rajin bertanya Mr. Google yer...)
Sesungguhnya usaha mencegah itu lebih baik dan mudah dari usaha merawat.
sumber info dari Doktor Zubaidi.
doktor yang aku jumpa tu bukan setakat urine test aja dia buat...
scanning pun doktor tu buat...
sample image je, bukan perut aku pun ni hehehe... |
ternyata dalam rahim & pangkal rahim aku 'clear'...nope there is no cysts...
mula nya aku macam tak percaya yang rahim aku bersih tanpa cysts...
alhamdulillah syukur cysts tu dah tak ada... |
cuma doktor kata ada darah beku dalam rahim aku....
APA!!! DARAH BEKU...
tiba tiba dada aku berdebar...
tak kan kot tak clear lagi ataupun ia adalah kesan punca dari peristiwa 4 bulan yang lalu...
(sorry tak ready lagi nak berkongsi peristiwa itu dalam blog ni...)
hari ini aku banyak tidur...
mungkin sebab ubat yang doktor bagi tu buat aku mengantuk...
petang tadi perut aku sakit balik...
nak duduk sakit...
nak berjalan pun sakit...
hanya dengan berbaring aja perut aku rasa kurang sakit...
macam mana esok ni...
abah nak juga pergi PD rumah Pak Uda...
ada kenduri doa selamat untuk anak dia (kak ngah) melanjutkan pelajaran ke Jepun...
dalam hal nak memandu kereta ni...
hanya aku aja lah yang boleh diharapkan pun...
kalau adik bongsu aku tu ada...
boleh lah harap kat dia...
abah pun lah hai dah 3 4 hari tak sihat tu...
tapi tak nak pulak pergi jumpa doktor...
(ish degil juga abah aku ni...suka lah kan dah tahu sakit tak nak jumpa doktor)
*kerana kedegilan diri ini lah semua ni berlaku untuk kali kedua...tapi kali ini tak seteruk kali pertama kena...sampai kena masuk hospital...tak nak masuk hospital lagi...*
*salam*
Comments
Post a Comment