Fear Factor Selebriti Malaysia.

setiap minggu memang tak boleh miss tengok fear factor selebriti malaysia.
seronok tengok artis artis malaysia menghadapi setiap cabaran yang diberi.
setiap ketakutan harus mereka atasi demi untuk terus bertahan dalam rancangan ini.

hari ini agak kecewa bila tengok fear factor ni.
salah seorang dari peserta rancangan ini telah mengeluarkan kata kata yang telah menyinggung perasaan peserta peserta lain.
beliau ialah gambit saifullah.

hanya kerana beliau & pasangan nya dipilih oleh alam & arja sebagai pasangan yang pertama untuk melakukan aksi kedua dalam episod hari ini, iaitu segmen tangki air.
sebaik aksi mereka berdua tamat gambit dengan angkuh nya telah berkata, "saya harap akan ada orang lemas dalam aksi ini..."
perlu ke nak cakap macam tu & menakutkan peserta lain, dengan harapan peserta lain akan melaku kan aksi ini dengan perasaan teragak agak sekaligus mengambil masa yang lebih lama dari beliau.
masalah betul artis yang terpelajar macam beliau bercakap tidak mengunakan akal & fikiran...

malam ini memang aku & adik aku yang sama sama menonton rancangan ini mengharapkan gambit tersingkir, tapi sayang atu & azri pula yang tersingkir hanya kerana azri menyudahkan permainan dengan satu kesilapan.
kenapa boleh buat silap ni azri...waaaaaarrrhhh
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcShsRR-IUrFiOFHluwyqk__VCX320StWvWbRp3vJFtJGfg-BW61CA
waaarrrggghhh kenapa tersingkir....

betul setiap permainan ada menang & ada kalah...
dalam episod hari ini ternyata gambit telah menunjukkan contoh yang negatif pada para penonton lebih lagi terhadap penonton dikalangan kanak kanak.
alam comel sangat...

apa pun tahniah buat alam & arja keran menjadi pemenang untuk minggu ini.
aku harap minggu hadapan tidak ada lah lagi pekara seperti ini di pertontonkan.


*salam*

Comments

  1. tak sempat lak nak tengok tadi.......

    ReplyDelete
  2. tgk je ulangan...astro kn suka ulang2 tayang rancangan... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts