Renungkanlah Wahai Kaum Lelaki

Terkejut bila baca artikal dalam Harian Metro semalam, tajuk muka depan akhbar tu 'Derita Isteri Muda'.

Kerana sikap cemburu buta, seorang suami dalam lingkungan usia 40-an sanggup memasang CCTV dirumah bagi mengawal gerak geri isteri keduanya yang berusia 36 tahun. Malah bukan setakat itu sahaja, suami itu juga kerap melakukan pemeriksaan di seluruh tubuh isteri keduanya bagi memastikan wanita itu tidak melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.
"Dia akan memeriksa seluruh tubuh saya kerana sentiasa curiga dan mengesyaki saya ada hubungan asmara dengan lelaki lain. Paling tidak masuk akal, dia pernah menuduh saya melakukan hubungan intim dengan pengkid," kata wanita itu yang ditemui oleh wartawan Harian Metro ketika membuat aduan kepada bekas Pengerusi Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralip.
Menurut wanita itu, disebabkan suaminya bekerja sendiri, lelaki itu mempunyai banyak masa untuk memerhatikan pergerakannya termasuk di pejabat selain bertanyakan pergerakannya dengan semua rakan sekerjanya.

[WAJAR KAH SEORANG SUAMI BERKELAKUAN SEBEGINI?]


*kalau dah curiga sangat kenapa perlu menyeksa pasangan & diri sendiri...bukan kah seorang isteri itu patut dikasihi, dibelai dengan kasih sayang & diberi bimbingan...bukan untuk diseksa dan disakiti...kalau terlalu sayang pada isteri sekali pun janganlah sampai menanam sikap cemburu buta dalam diri tu...yer cemburu tu tandanya sayang, tapi tak perlulah terlalu cemburu sangat sampai hilang kepercayaan pada isteri sendiri...selalunya orang yang cemburu buta ini takut pada bayang bayangnya  sendiri..KENAPA?... =) fikir & renung renungkanlah sendiri...kepada isteri pula janganlah cuba cuba nak menyucuk jarum, mencabar kewibawaan seorang suami...sendiri yang dapat susah nanti...
mak aku cakap..."tempat seorang isteri adalah disisi suami," hmmm betul lah tu mak...tapi tak kan nak berkepit aja...perlulah ada runag untuk diri masing masing...orang perempuan bila sudah berkahwin tak semestinya kena jadi suri rumahtangga sepenuh masa...(hahaha...tiba tiba teringat mak aku cerita masa dia sekolah dulu bila cikgu tanya cita cita bila dewasa nanti nak jadi apa, mak aku boleh  jawab nak jadi suri rumahtangga...kelakar lah mak ni...mesti cikgu mak aku masa tu benggang aja) zaman sekarang ni mana boleh pihak suami aja yang bekerja...orang perempuan pun boleh berdikari, buktikan yang perempuan ni bukan lah kaun yang lemah(pada pendapat aku lah)..."alah sekarang ni ramai suri rumahtangga bole dapat pendapatan sendiri bila duduk rumah sambil mejaga keperluan suami & anak anak," kata mak...ok lah aku faham sangat maksud mak aku tu...bagi lah izan sempurnakan hidup keluarga izan...bukan selamanya nak harapkan mak & abah...IN SYA ALLAH ada rezeki ada jodoh semuanya akan menjadi seperti yang mak & abah harapkan & lepas tu tak perlu lah nak rasa malu pada orang sekeliling lagi yer...*



*salam*

Comments

Post a Comment

Popular Posts